PENGGUNAAN CHATGPT DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK: ANALISIS TERHADAP TAHAP DAN FAKTOR PENERIMAANNYA

Authors

  • Faridah Jamil Department of Information Technology and Communication, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, Malaysia
  • Nur Hafiza Abd Rahman Department of Information Technology and Communication, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, Malaysia
  • Suhainy Sulaiman Department of Information Technology and Communication, Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak, Malaysia

Keywords:

ChatGPT; Kecerdasan Buatan (AI); Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT); Technology Acceptance Model (TAM).

Abstract

ChatGPT ialah model bahasa semula jadi yang dilatih menggunakan Pembelajaran Pengukuhan daripada Maklum Balas Manusia (Reinforcement Learning from Human Feedback – RLHF) dengan teknologi Transformer, dan telah dilancarkan pada 30 November 2022 . Penggunaannya yang meluas dalam pelbagai bidang termasuklah dalam sektor pendidikan. Pelajar menggunakan ChatGPT bagi pencarian maklumat, menyelesaikan tugasan, serta meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu topik dengan lebih interaktif . Justeru, kajian ini dijalankan untuk menganalisis tahap penggunaan ChatGPT dalam kalangan pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar, serta mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhinya, khususnya jangkaan prestasi, jangkaan usaha, pengaruh sosial, dan persepsi terhadap kegunaan ChatGPT. Pendekatan kuantitatif berasaskan kaedah tinjauan telah digunakan dalam kajian ini, ianya melibatkan seramai 219 orang responden. Empat konstruk utama telah diuji berdasarkan Model Penerimaan Teknologi (Technology Acceptance Model, TAM) dan Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) , iaitu Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial dan Persepsi Kegunaan. Analisis data melibatkan penggunaan statistik deskriptif dan inferensi melalui ujian korelasi Spearman bagi mengenal pasti korelasi antara pemboleh ubah kajian. Kajian ini mendapati bahawa pelajar menggunakan ChatGPT pada tahap sederhana (min = 3.32), ia mencerminkan kecenderungan ke arah penerokaan teknologi AI secara berperingkat dalam pembelajaran dengan tumpuan penggunaan untuk memahami topik kuliah, menjana idea tugasan, membuat ulang kaji dan mencari penjelasan istilah sukar. Secara keseluruhan, dapatan deskriptif bagi obejektif kedua menunjukkan kesemua konstruk mencatatkan nilai min antara 3.94 hingga 4.10, sekaligus mencerminkan persepsi positif pelajar terhadap penggunaan ChatGPT dalam pembelajaran mereka. Melalui analisis korelasi, menunjukkan keempat-empat faktor mempunyai korelasi yang signifikan dengan tahap penggunaan ChatGPT, di mana persepsi kegunaan (r = .558) dan jangkaan prestasi (r = .446) merupakan faktor paling dominan. Hasil kajian ini memberikan gambaran yang jelas tentang tahap penerimaan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan, khususnya ChatGPT, dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi dan ianya boleh dijadikan rujukan untuk merancang strategi penggunaan yang lebih efektif pada masa depan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-30

How to Cite

Faridah Jamil, Nur Hafiza Abd Rahman, & Suhainy Sulaiman. (2026). PENGGUNAAN CHATGPT DALAM KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK: ANALISIS TERHADAP TAHAP DAN FAKTOR PENERIMAANNYA. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 12(2). Retrieved from http://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/358

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.