Tahap Keberkesanan Teknik Pengajaran Bagi Kursus Matematik Kejuruteraan Menggunakan Pengajaran Secara Langsung dan Rakaman
Keywords:
Keberkesanan, Rakaman Video, Pengajaran Secara LangsungAbstract
Pembelajaran dan pengajaran era ini mengalami perubahan yang sungguh drastik disebabkan penularan virus COVID-19. Pelbagai bentuk kaedah pembelajaran telah digunapakai dalam memastikan kualiti penyampaian dan pengajaran dapat dikekalkan. Ia dapat disimpulkan dengan menggunakan pengajaran yang lebih sesuai mengikut situasi dan keadaan semasa yang ketika ini iaitu pengajaran dalam talian. Pembelajaran dalam talian menjadi amat popular dan perlaksanaan juga lebih bebas mengikut kepada teknik pengajaran oleh pensyarah itu sendiri.Walaubagaimanapun, ia menjadi persoalan melibatkan teknik pengajaran secara langsung atau secara rakaman, adakah ia memberi kesan kepada kefahaman pelajar dan seterusnya memberi impak kepada keputusan pelajar dalam kursus yang terlibat. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap keberkesanan teknik pengajaran bagi kursus matematik kejuruteraan menggunakan pengajaran secara langsung dan rakaman video. Seramai 127 sampel telah digunakan dalam penyelidikan ini di mana borang soal selidik dan teknik pensampelan mudah digunakan Dapatan kajian ini akan dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian SPSS versi 26. Hasil Kajian mendapati majoriti pelajar mendapat keputusan pembelajaran yang baik apabila perlaksanaan pembelajaran dilaksanakan secara langsung atau menggunakan rakaman video dilaksanakan oleh pensyarah. Kajian ini dapat membantu pensyarah terutamanya untuk mengenalpasti teknik pengajaran yang sesuai digunapakai melibatkan keadaan dan situasi pelajar ketika ini.