Hubungan Antara Kemahiran Generik Dengan Aktiviti Sukarelawan Dalam Kalangan Pelajar

Authors

  • Norsela A. Manaf Politeknik METrO Johor Bahru
  • Intan Rahimah Ahmad Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Malaysia
  • Nurul Ilyana Baharudin Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Malaysia

Keywords:

Kokurikulum, Sukarelawan dan Kemahiran Generik

Abstract

Sering kali kita melihat di media massa dan elektronik, pelbagai peringkat penglibatan dan pencapaian yang diperolehi oleh golongan pelajar kita di dalam aktiviti sukarelawan samada di peringkat kamsis, jabatan atau fakulti, organisasi malahan terdapat pelajar yang menyertai aktiviti sukarelawan ini sehingga ke peringkat antarabangsa. Penglibatan dan pencapaian ini, boleh dijadikan kayu pengukur kepada tahap penglibatan secara aktif para pelajar di dalam aktiviti kesukarelawanan. Aktiviti bercorak kesukarelawanan ini dilihat dapat menerapkan kemahiran generik kepada golongan pelajar. Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukarelawan dapat membantu mengukuhkan kemahiran generik yang ada dalam diri pelajar. Kemahiran generik pada hari ini dilihat sebagai satu elemen yang harus diberi perhatian kerana ianya dapat menambah nilai dalam diri pelajar dalam mempromosikan diri semasa menempuh alam pekerjaan. Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengkaji Hubungan Antara Kemahiran Generik Dengan Aktiviti Sukarelawan dalam Kalangan Pelajar. Sampel kajian melibatkan 194 pelajar dari pelbagai institusi pengajian tinggi (IPT). Kajian ini menumpukan kepada mengenalpasti hubungan aktiviti kesukarelawan ke atas kemahiran komunikasi, kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran membina hubungan di dalam diri pelajar. Satu kajian tinjauan kuantitatif telah dijalankan. Instrumen soal selidik bagi
kajian ini telah direka bertujuan bagi menjawab objektif utama dan persoalan kajian telah diedarkan secara rawak kepada responden yang merupakan pelajar IPT. Data yang diperolehi telah diproses menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 22.0. Kemahiran generik yang diperkukuhkan melalui aktiviti kesukarelawan akan dapat dikenalpasti mengunakan kajian deskriptif. Hasil dapatan dari kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak yang berkenaan dalam usaha untuk membantu meningkatkan pengusaan kemahiran generik dikalangan pelajar di IPT melalui penyertaan dalam aktiviti kesukarelawan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Norsela A. Manaf, Intan Rahimah Ahmad, & Nurul Ilyana Baharudin. (2024). Hubungan Antara Kemahiran Generik Dengan Aktiviti Sukarelawan Dalam Kalangan Pelajar. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/123

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.