Mengenalpasti Faktor Halangan Sukan Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Metro Johor Bahru
Keywords:
Halangan Sukan, Dimensi Struktur, Dimensi Interpersonal, Dimensi IntrapersonalAbstract
Kajian bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang dominan bagi halangan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) di dalam melibatkan diri dalam sukan. Soal selidik diubahsuai dari kajian lepas yang merangkumi tiga maklumat demografi dan dimensi bagi faktor halangan telah dibahagikan kepada tiga iaitu dimensi struktur, dimensi interpersonal, dan dimensi intrapersonal. Sampel terdiri daripada 100 orang pelajar PMJB yang dipilih secara rawak. Analisa bagi kajian menggunakan SPSS25. Dapatan kajian mendapati dimensi faktor struktur adalah tertinggi (M=3.341), diikuti dimensi faktor intrapersonal (M=2.813), dan yang paling rendah adalah dimensi faktor interpersonal (M=2.423). Kesimpulan, kajian berjaya mencapai objektif kajian dan implikasinya dapat membantu pihak berkaitan bagi meningkatkan penglibatan pelajar di dalam sukan.