TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERTIMBANGAN MORAL, KECEKAPAN MORAL DAN KEPUTUSAN MORAL

Authors

  • Nurull Hayati Latif Politeknik Sultan Idris Shah, Malaysia
  • Mazlina Jamaludin Politeknik Sultan Idris Shah, Malaysia
  • Mohd Amin Zakaria Politeknik Sultan Idris Shah, Malaysia
  • Ishanuddin Hussin Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Latif Anwar Universiti Putra Malaysia

Keywords:

Pertimbangan moral, kecekapan moral dan Perlakuan moral

Abstract

Pendekatan moral kognitif menjadi tunjang kepada cara membuat keputusanterutamanya apabila melibatkan isu seperti wabak COVID-19, bencana kemalangan udara MH570 dan MH017 pada tahun 2014, dan fenomena jerebu pada tahun 2015. Elemen pertimbangan moral, kecekapan moral dan keputusan moral daripada sudut etika, dasar, peraturan, undang-undang, ihsan, sering menjadi antara faktor-faktor yang perlu diberikan perhatian untuk membuat keputusan yang adil, saksama, tepat serta berkesan mengikut tempoh yang ditetapkan. Ini merupakan sebahagian daripada cabaran dan dilema dalam membuat keputusan moral dikalangan semua pentadbir. Pentadbir perlu menilai secara kognitif sebelum membuat keputusan moral agar tindakan moral berjaya menyelesaikan masalah dalam jangka masa pendek mahupun jangka masa panjang. Tindakan tersebut perlu memberi manafaat kepada seluruh organisasi dalaman dan luaran bagi mengurangkan tekanan konflik. Kertas kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan teori perkembangan moral kognitif dalam membuat keputusan moral secara rasional. Antara teori perkembangan kognitif yang dibincangkan adalah teori perkembangan kognitif oleh Piaget (1965), Kohlberg (1979,1981, 1991), Rest (1979), dan Model Dual Aspek Lind (2004) sebagai dasar kepada perbincangan kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Nurull Hayati Latif, Mazlina Jamaludin, Mohd Amin Zakaria, Ishanuddin Hussin, & Latif Anwar. (2020). TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOGNITIF DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN PERTIMBANGAN MORAL, KECEKAPAN MORAL DAN KEPUTUSAN MORAL. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/166

Similar Articles

<< < 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.