KAJIAN KEBERKESANAN APLIKASI JKAPTSB_OVERVIEW_APP DI JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH

Authors

  • Azilawati Harun Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • Nurul Syuhada Safaruddin

Keywords:

Android, pintar, adobe dreamweaver CS5.5, telefon pintar

Abstract

JKAPTSB_OVERVIEW_APP merupakan satu pembangunan sistem yang dijalankan bagi memningkatkan penyampaian maklumat berkenaan dengan Jabatan Kejuruteraan Awan di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (JKA PTSB). Kajian membincangkan keberkesanan aplikasi yang dibangunankan dengan menggunakan kemudahan telefon pintar berteraskan pelantar Android. Perisian yang digunakan dalam membangunkan aplikasi ini ialah Adobe dreamweaver CS5.5, dan cloud service PhoneGap Build. Kaedah analisis yang digunakan adalah berbentuk deskriptif dan soal selidik sebagai instrument kajian. Sampel yang diambil adalah terdiri daripada pelajar-pelajar JKA PTSB. Dapatan daripada soal selidik penggunaan inovasi ini menunjukkan JKAPTSB_OVERVIEW_APP dapat menjadi media penyampai maklumat yang sangat efektif dan lengkap tentang JKA_PTSB kepada pelajar. Hasil maklum balas pelajar terhadap aplikasi ini adalah sangat positif dan mereka menerima baik aplikasi ini dimana hasil analisis data masing-masing mendapat skor min lebih daripada 4. Kesimpulannya, kajian daripada aplikasi yang dibangunkan ini berpotensi dikomersialkan ke pelbagai bidang dan tidak hanya terhad kepada bidang pendidikan sahaja.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Azilawati Harun, & Nurul Syuhada Safaruddin. (2020). KAJIAN KEBERKESANAN APLIKASI JKAPTSB_OVERVIEW_APP DI JABATAN KEJURUTERAAN AWAM, POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/167