PEMBANGUNAN DAN KEBERKESANAN PENGGUNAAN APLIKASI INTELLIGENT CERTIFICATE APPLICATION (I-CAn) DI KOLEJ KOMUNITI KEMAMAN
Keywords:
Kod QR, cetak sijil, akses rekod, pembangunan dan penggunaan aplikasiAbstract
Intelligent Certificate Application (I-CAn) merupakan satu aplikasi dalam bentuk laman sesawang yang dibangunkan bagi memudahkan proses penyediaan dan cetakan sijil di Kolej Komuniti Kemaman. Sebelum aplikasi ini dibangunkan, kebanyakkan sijil yang dicetak adalah menggunakan kaedah manual atau mail merge. Melalui penggunaan I-CAn, sijil dapat disediakan dengan lebih pantas dan sistematik berbanding dengan kaedah sebelum ini. Novelti dan keunikan aplikasi ini adalah menggunakan pendekatan kod QR (Quick Reference) dalam mengakses rekod-rekod berkaitan latihan, kursus atau aktiviti akademik yang telah dilaksanakan. Skop utama aplikasi ini adalah untuk membuat cetakan sijil bagi peserta, penceramah dan ahli jawatankuasa yang terlibat. Rekod kehadiran, nota kursus dan gambar aktiviti adalah antara maklumat tambahan yang dapat diperolehi apabila mengimbas kod QR yang dicetak pada sijil. Prosedur pembangunan melibatkan fasa-fasa dalam Waterfall Model sebagai metodologi utama yang telah digunakan dalam aplikasi ini. Kerangka yang digunakan adalah Laravel, manakala bahasa pengaturcaraan pula adalah PHP, HTML5,
Javascript, JQuery dan SQL. Bagi pengumpulan data kajian, kaedah soal selidik dan temu bual merupakan instrumen yang telah digunakan. Responden yang terlibat adalah terdiri daripada para pelajar dan staf Kolej Komuniti Kemaman. Dapatan kajian jelas menunjukkan pembangunan dan penggunaan aplikasi I-CAn dapat memberikan kesan yang positif kepada warga Kolej Komuniti Kemaman. Aplikasi yang dibangunkan bukan sahaja dapat membantu dalam proses cetakan sijil dan pencarian rekod-rekod berkaitan malah turut membantu menyemak ketulenan sijil.