Penilaian Terhadap Domain Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Jabatan Pengajian Am Politeknik Ungku Omar

Authors

  • Natrah binti Yaacob Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Chang Yoot Ming Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

penilaian, domain, pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengukuran tahap kompetensi
pemantauan pengajaran dan pembelajaran Jabatan Pengajian Am
untuk pengajian Diploma dan ijazah Sarjana Muda. Kajian tinjauan
ini melibatkan 40 orang responden pensyarah kursus mata pelajaran
umum seperti Bahasa Inggeris, Pengajian Islam, Pendidikan Moral
dan lain-lain. Pemantauan ini melibatkan 16 kursus yang
ditawarkan kepada semua pelajar. Objektif kajian menilai domaindomain yang terdapat dalam garis panduan yang ditetapkan oleh
Jabatan Pengajian Politeknik Kolej Komuniti 2019. Daripada
dapatan kajian, maka didapati pemantauan PdP pensyarah yang
dilakukan oleh pensyarah pemantau dan pelajar tiada perbezaan
markah yang besar jika dibandingkan antara keduanya. Ini
menjelaskan terdapatnya kesamaan dari sudut pandangan antara
pensyarah pemantau dan juga pelajar terhadap proses PdP yang
telah dilaksanakan oleh pensyarah di Jabatan Pengajian Am
Politeknik Ungku Omar . Dengan melihat kepada purata markah
skor pemantau 94.5 dan skor pelajar 92.55 yang telah diberikan,
pengukuran tahap kompetensi pensyarah terhadap PdP berada
dalam keadaan baik dan cemerlang. Impak kajian ini dapat
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran para pensyarah
untuk mengembangkan strategi pengajaran yang lebih aktif
bersesuaian dengan keperluan pelajar pada masa kini. Bagi
memantapkan pengajaran dan pembelajaran, analisis keberkesanan
kaedah pengajaran, penilaian kandungan pembelajaran serta
penilaian penggunaan teknologi dalam pembelajaran antara
cadangan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam
tentang bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku, serta
mengenal pasti bidang di mana penambahbaikan boleh dilakukan
untuk meningkatkan kualiti pendidikan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-25

How to Cite

Natrah binti Yaacob, & Chang Yoot Ming. (2024). Penilaian Terhadap Domain Pemantauan Pengajaran dan Pembelajaran Jabatan Pengajian Am Politeknik Ungku Omar. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 9(1), 82–92. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/17

Similar Articles

<< < 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.