KAJIAN BEKALAN AIR MEMPENGARUHI EMOSI DAN SAHSIAH DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR (KKPB)

Authors

  • Nur Salehah Binti Saadon Kolej Komuniti Paya Besar, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Siti Rohayu Binti Mohd Khaldi Kolej Komuniti Paya Besar, Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mohd Sanusi Bin Mohd Mokhtar Kolej Komuniti Paya Besar, Kementerian Pendidikan Malaysia

Keywords:

Bekalan Air, Emosi, Sahsiah, Pelajar, Kolej Komuniti Paya Besar

Abstract

Keputusan akademik yang baik menjadi penanda aras kepada prestasi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) pelajar semasa melanjutkan pengajian mereka pada setiap sesi pengajian. Kejayaan pelajar dalam bidang akademik banyak disokong oleh pelbagai faktor sokongan persekitaran yang baik terutamanya fasiliti kolej. Kajian ini bertujuan meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi emosi dan sahsiah pelajar dalam bidang akademik terutamanya kemudahan bekalan air di setiap fasiliti yang menyediakan bekalan air di Kolej Komuniti Paya Besar selain membuat kajian terhadap perkhidmatan yang turut diberikan oleh PAIP Pahang. Tambahan pula, kajian ini dijalankan bagi mendapatkan pandangan responden terhadap tahap kemudahan bekalan dan perkhidmatan air di Kolej Komuniti Paya Besar untuk tujuan mengenal pasti, memastikan dan melakukan penambahbaikan terhadap sistem pembangunan kolej yang sedia ada. Objektif kajian ini dilaksanakan juga adalah untuk mengenalpasti pengaruh bekalan air terhadap emosi serta sahsiah pelajar di Kolej Komuniti Paya Besar. Kajian ini dilaksana dengan menggunakan instrumen soal selidik di mana skop responden kajian adalah pelajar di Kolej Komuniti Paya Besar. Setelah maklumbalas berkaitan soal selidik diperolehi, data-data ini akan di analisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) versi 21.0. Hasil kajian mendapati antara faktor emosi dan sahsiah pelajar di Kolej Komuniti boleh dipengaruhi dan disokong dengan kemudahan bekalan air yang efisien di samping faktor lain seperti kecekapan menguruskan bekalan air dan kelancaran mengendalikan aduan berkaitan gangguan bekalan air di Kolej Komuniti Paya Besar. Dapatan kajian ini berguna untuk pihak pengurusan kolej dan unit pembangunan kolej mengatur strategi kerja pengendalian fasiliti dan kemudahan kolej dengan lebih terurus serta menyelesaikan masalah ketiadaan air yang semakin meruncing di Kolej Komuniti Paya Besar memandangkan persekitaran kondusif yang menyokong emosi dan sahsiah pelajar selain menjadi batu lonjakan bagi pelajar selesa belajar sekaligus membolehkan pelajar mencapai keputusan yang memberangsangkan dan cemerlang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Nur Salehah Binti Saadon, Siti Rohayu Binti Mohd Khaldi, & Mohd Sanusi Bin Mohd Mokhtar. (2020). KAJIAN BEKALAN AIR MEMPENGARUHI EMOSI DAN SAHSIAH DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR (KKPB). Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/182

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 9 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.