GARBAGE TRAP ECO FILTER: INOVASI HIJAU UNTUK PENAPISAN SAMPAH DAN PEMANTAUAN KAPASITI SALIRAN

Authors

  • HERDAWATI BOHARI

Keywords:

Perangkap sampah; Penapis; Penyelenggaraan, Sistem saliran

Abstract

Sikap segelintir masyarakat membuang sampah ke dalam longkang secara terus merupakan salah satu punca berlakunya masalah longkang tersumbat serta menyebabkan kepada kejadian banjir kilat. Selain itu, ianya boleh mengundang bau busuk serta menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus sekaligus membawa penyakit dan wabak yang boleh mengancam nyawa penduduk. Oleh itu, sebagai langkah dalam membantu meningkatkan keberkesanan sistem penyelenggaraan perparitan dan saliran “Garbage Trap Eco Filter (GTEF)” telah dihasilkan. Objektif utama GTEF adalah untuk memerangkap dan memudahkan proses pembuangan sampah dalam longkang, disamping mengurangkan kos penyelenggaraan longkang tersumbat. GTEF ini berkuran 390mm x 520mm x 510mm serta dilengkapi penapis dari bahan semulajadi dan penderiayang menghantar isyarat apabila kapasiti maksimum tercapai. Ujikaji bebanan menunjukkan GTEF mampu menanggung sampah seberat 9.5 kg dalam tempoh 12 jam. Daripada analisis soal selidik, 90% bersetuju bahawa GTEF sesuai serta dapat mengurangkan masalah longkang tersumbat, 95% bersetuju bahawa GTEF ini mudah untuk dioperasi kerana dilengkapi dengan sistem penderia, manakala 90% bersetuju bahawa GTEF ini mudah untuk diselengara dan sesuai digunakan di longkang pada kawasan kediaman. Secara keseluruhannya, penggunaan GTEF ini mampu mengurangkan masalah longkang yang tersumbat di kawasan kediaman sekaligus mampu menghindar daripada masalah penularan penyakit, bau busuk serta banjir kilat disamping mengurangkan kos penyelenggaraan longkang tersumbat serta mempromosikan penggunaan teknologi hijau dalam pengurusan sisa.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-05-26

How to Cite

BOHARI, H. (2025). GARBAGE TRAP ECO FILTER: INOVASI HIJAU UNTUK PENAPISAN SAMPAH DAN PEMANTAUAN KAPASITI SALIRAN. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(1), 136–146. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/221

Similar Articles

1 2 3 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.