PERSEPSI STAF INSTITUSI TVET TERHADAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0: SOROTAN KAJIAN

TVET INSTITUTIONAL STAFF PERCEPTIONS ON THE MARKETABILITY OF GRADUATES IN THE INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0: STUDY HIGHLIGHTS

Authors

  • MUHAMAD SUJAIRI BIN YUSOF KOLEJ KOMUNITI TASEK GELUGOR
  • FAIZATULHAIDA BINTI MD ISA Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah
  • SITI HAJAR SAAD @ MOHD. YUSOFF Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah

Keywords:

Persepsi TVET; Kebolehpasaran Graduan; Revolusi Industri 4.0

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi staf institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terhadap kebolehpasaran graduan dalam konteks keperluan pasaran kerja semasa dan cabaran Revolusi Industri 4.0. Isu kebolehpasaran graduan TVET semakin kritikal disebabkan oleh peningkatan persaingan global dan permintaan industri terhadap kemahiran yang lebih holistik, termasuk kemahiran teknikal, insaniah, dan kepimpinan. Penekanan diberikan kepada peranan staf akademik dalam membentuk kurikulum, strategi pengajaran, serta pembangunan kemahiran yang relevan dengan kehendak industri. Sorotan literatur menunjukkan bahawa kerjasama antara institusi TVET dan industri, pengalaman praktikal pelajar, serta pemahaman staf terhadap keperluan majikan memberi impak langsung terhadap kebolehpasaran graduan. Selain itu, faktor seperti pengalaman praktikal, komunikasi berkesan, penyelesaian masalah, serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi turut dikenalpasti sebagai elemen penting. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan pendidikan TVET ditingkatkan melalui kolaborasi industri, pembangunan kurikulum responsif dan integrasi kemahiran abad ke-21 bagi memastikan graduan yang dihasilkan bukan sahaja kompeten dalam bidang mereka tetapi juga berdaya saing di peringkat global.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-05-26

How to Cite

BIN YUSOF, M. S., ISA, F., & SAAD @ MOHD. YUSOFF, S. H. (2025). PERSEPSI STAF INSTITUSI TVET TERHADAP KEBOLEHPASARAN GRADUAN DALAM REVOLUSI INDUSTRI 4.0: SOROTAN KAJIAN: TVET INSTITUTIONAL STAFF PERCEPTIONS ON THE MARKETABILITY OF GRADUATES IN THE INDUSTRIAL REVOLUTION 4.0: STUDY HIGHLIGHTS. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(1), 103–115. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/237

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.