Penggunaan Google Site Sebagai Medium Pengurusan Dokumen Dalam Kalangan Pelajar WBL di PUO

Authors

  • Noraziah Hamid Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Mazziyatol Farizza Mat Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Seri Bunian Mokhtar Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

Penggunaan; Google Sites; Pembelajaran, E-learning.

Abstract

Pandemik COVID 19 telah mengubah sistem pendidikan serta perlaksanaannya secara menyeluruh dan aplikasi teknologi telah digunapakai secara meluas dalam memudahcara urusan pengajaran dan pembelajaran. Justeru, kajian deskriptif ini bertujuan untuk melihat tahap penggunaan Google Sites sebagai medium pengurusan dokumen dalam kalangan pelajar WBL di PUO. Tahap penggunaan ini dilihat dari empat aspek iaitu Persepsi Kemudahan Penggunaan (Perceived Ease of Use), Persepsi kegunaan (Perceived Usefulness), Sikap Menggunakan Teknologi (Attitude Towards Using Technology) dan Niat Perilaku Untuk Menggunakan (Behavioral Intention to Use) terhadap penggunaan Google Sites dalam pengurusan dokumen yang disediakan kepada pelajar. Instrumen kajian adalah set soal selidik
yang mengandungi 20 item berskala Likert. Responden terdiri daripada 30 pelajar semester 8 program Ijazah sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam, PUO. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for The Social Science (SPSS) versi 21 untuk mendapatkan peratus dan skor min. Hasil analisis menunjukkan tahap penggunaan Google Sites sebagai medium pengurusan dokumen oleh pelajar memperolehi min keseluruhan yang tinggi. Pembelajaran berasaskan Google Sites yang dibangunkan memudahkan urusan penghantar dokumen sepanjang pelajar berada di industri. Jelas, Google site boleh digunakan sebagai satu medium perantaraan antara pelajar dan industri sepanjang tempoh pandemic.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-25

How to Cite

Noraziah Hamid, Mazziyatol Farizza Mat, & Seri Bunian Mokhtar. (2024). Penggunaan Google Site Sebagai Medium Pengurusan Dokumen Dalam Kalangan Pelajar WBL di PUO. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 46–55. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/26

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.