PENILAIAN KETEPATAN PENGAMBILAN BUTIRAN MENGGUNAKAN GPS/IMU JENIS STEC UNTUK APLIKASI KADASTER

ASSESSMENT OF ACCURACY OF DATA CAPTURE USING STEC TYPE GPS/IMU FOR CADASTER APPLICATIONS

Authors

  • Che Khairil Yusri Yusof Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Nor Azme Nordin Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan
  • Sulzakimin Mohamed 3Universiti Tuh Hussein Onn, Batu Pahat, Johor

Keywords:

GPS; IMU; STEC

Abstract

Kajian menilai ketepatan pengambilan butiran menggunakan sistem Penentuan Kedudukan Global “GPS”/Inertial Measurement Unit “IMU” jenis STEC dalam aplikasi kadaster. Teknologi GPS/IMU telah menjadi alat penting dalam pemetaan dan kadaster, kerana kemampuannya untuk menyediakan data kedudukan yang tepat dan boleh dipercayai. Kajian ini melibatkan pengumpulan dan analisis data menggunakan GPS/IMU jenis STEC di beberapa titik. Hasil kajian menunjukkan bahawa sistem GPS/IMU jenis STEC mampu memberikan ketepatan yang tinggi dalam pengambilan butiran, dengan ralat kedudukan yang minimum. Alat model GPS STEC yang dilengkapi teknologi IMU digunakan dalam kaedah kajian ini untuk menghasilkan data koordinat (X, Y) dan ketinggian (H) secara lengkap. Alat total station dan digital level juga digunakan untuk memperoleh ketinggian secara manual bagi mengukur ketepatan antara teknologi IMU dan alat konvensional. Kajian ini mendapati sudut pegangan pole dan faktor masa cerapan mempengaruhi nilai bacaan. Masa cerapan juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan bacaan yang lebih tepat. Cerapan selama 15 saat memberikan nilai RMSE yang lebih kecil berbanding cerapan selama 1 saat. Bacaan terbaik dicapai apabila sudut pole 60° dan cerapan dilakukan selama 15 saat, dengan nilai 0.049 untuk utaraan, 0.024 untuk timuran, dan 0.024 untuk ketinggian. Penggunaan GPS/IMU jenis STEC dalam aplikasi kadaster meningkatkan ketepatan pengambilan butiran dan mempercepatkan proses pemetaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-11

How to Cite

Che Khairil Yusri Yusof, Nor Azme Nordin, & Sulzakimin Mohamed. (2025). PENILAIAN KETEPATAN PENGAMBILAN BUTIRAN MENGGUNAKAN GPS/IMU JENIS STEC UNTUK APLIKASI KADASTER: ASSESSMENT OF ACCURACY OF DATA CAPTURE USING STEC TYPE GPS/IMU FOR CADASTER APPLICATIONS. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(2), 111–126. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/273