Mengkaji Kadar Pencahayaan Di Kompleks Sukan Jabatan Sukan Kokurikulum Dan Kebudayaan, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
Keywords:
pencahayaan; lux; keterangan cahayaAbstract
Berdasarkan kamus dewan, pencahayaan merujuk kepada jumlah fluks berkilau menuju ke permukaan per unit luas. Ia merupakan pengukuran keamatan cahaya tuju yang dicerap. Pencahayaan amatlah penting dan perlu dititik beratkan pada bangunan agar tiada ganguan terhadap keterangan cahaya ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk menguji kadar pencahayaan di Kompleks Sukan Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Hasil pengujian akan dianalisis berasaskan standard yang dikeluarkan oleh Chartered Institution of Building Services Engineers (CIBSE). Pengujian dijalankan dengan menggunakan alat penguji jumlah pencahayaan yang disukat dalam unit lux. Alatan pengujian yang digunakan adalah dari jenis Extech Light Meter (type 401026). Sistem pencahayaan di dalam bilik darjah perlu dipertimbangkan dengan sewajarnya dalam mereka bentuk bangunan dan pengurusan tenaga juga harus dioptimumkan. Penggunaan sistem pencahayaan yang buruk di sebabkan oleh rekabentuk lampu sedia ada tiddak mengikut spesifikasi standard yang dikeluarkan oleh CIBSE boleh menyebabkan produktiviti yang rendah, keselesaan dan juga menyebabkan pembaziran tenaga. Hasil kajian ini perlu dipanjangkan kepada Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin untuk tujuan penambahbaikan. Penambahbaikkan yang dicadangkan adalah menambah lampu Philip LED T5 pada bahagian tepi setiap gelanggang.