MENINJAU GAYA PENGURUSAN KONFLIK YANG DOMINAN DALAM KALANGAN PELAJAR ASASI DI POLITEKNIK UNGKU OMAR

SURVEYING THE DOMINANT CONFLICT MANAGEMENT STYLES AMONG FOUNDATION STUDENTS AT UNGKU OMAR POLYTECHNIC

Authors

  • Nor Aqilah Mohd Mansori Politeknik Ungku Omar
  • Maisarah Ismail Politeknik Ungku Omar
  • Nur Amalina Montel Politeknik Ungku Omar

Keywords:

Pengurusan konflik; Pelajar Asasi; Politeknik Ungku Omar

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau gaya pengurusan konflik yang dominan dalam kalangan pelajar asasi di Politeknik Ungku Omar serta mengenal pasti perbezaan gaya tersebut merentasi jantina. Konflik merupakan fenomena lazim yang tidak dapat dielakkan dalam interaksi harian manusia, dan keupayaan untuk mengurus serta menyelesaikannya secara berkesan adalah amat penting dalam konteks pendidikan dan bakal alam pekerjaan. Reka bentuk tinjauan kuantitatif digunakan dalam kajian ini melibatkan 87 orang sampel daripada populasi seramai 112 orang pelajar asasi Teknologi Kejuruteraan, Politeknik Ungku Omar Sesi 2 2024/2025. Data dikumpul menggunakan soal selidik yang diadaptasi daripada Model Gaya Pengurusan Konflik Thomas-Kilmann (T-KCMI) , dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Analisis deskriptif (min) dan ujian-t digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Gaya Berhadapan (skor min 3.8046) dan Gaya Memaksa (skor min 3.7947) adalah gaya pengurusan konflik yang dominan dan berada pada tahap tinggi dalam kalangan pelajar asasi. Gaya Berpakat (skor min 3.7011) juga berada pada tahap tinggi, diikuti oleh Gaya Menarik Diri (skor min 3.4039) dan Gaya Beralah (skor min 3.3990) yang berada pada tahap sederhana. Dapatan menunjukkan bahawa gaya beralah adalah yang paling kurang dominan. Bagi persoalan kajian kedua, analisis Ujian-t mendapati tiada perbezaan signifikan gaya pengurusan konflik merentasi jantina, dengan nilai signifikan 0.11 (p > 0.05). Ini menunjukkan bahawa jantina tidak mempengaruhi secara signifikan gaya pengurusan konflik dalam kalangan pelajar yang dikaji. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman tentang dinamika pengurusan konflik dalam kalangan pelajar asasi dan boleh menjadi asas untuk perancangan intervensi bagi memperkasakan kemahiran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-12

How to Cite

Nor Aqilah Mohd Mansori, Maisarah Ismail, & Nur Amalina Montel. (2025). MENINJAU GAYA PENGURUSAN KONFLIK YANG DOMINAN DALAM KALANGAN PELAJAR ASASI DI POLITEKNIK UNGKU OMAR: SURVEYING THE DOMINANT CONFLICT MANAGEMENT STYLES AMONG FOUNDATION STUDENTS AT UNGKU OMAR POLYTECHNIC. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(3), 112–127. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/299

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.