TAHAP PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN STEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STUDENT ACCEPTANCE LEVEL OF STEM EDUCATION IN TEACHING AND LEARNING

Authors

  • Nor Lian Mohd Nordin Politeknik Ungku Omar
  • Mohammad Mursyeed Ramli Politeknik Ungku Omar
  • Maisarah Ismail Politeknik Ungku Omar

Keywords:

STEM, Asasi Teknologi Kejuruteraan, Perbezaan Jantina

Abstract

Kajian ini bertujuan menilai tahap penerimaan pelajar terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP), serta mengenal pasti perbezaan tahap penerimaan berdasarkan jantina. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif deskriptif dengan borang soal selidik sebagai instrumen utama. Seramai 64 orang pelajar Program Asasi Teknologi Kejuruteraan di Politeknik Ungku Omar telah terlibat sebagai responden. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif (min dan sisihan piawai) serta ujian-t bagi sampel bebas. Dapatan menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap penerimaan yang tinggi terhadap pendidikan STEM dengan min keseluruhan 4.1047. Pelajar menunjukkan kesediaan menyertai aktiviti STEM dan berpendapat pendekatan ini membantu mereka memahami aplikasi dunia sebenar. Namun, kekangan masa dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang sedikit menjejaskan pelaksanaan aktiviti STEM secara berkesan. Keputusan ujian-t menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam tahap penerimaan terhadap pendidikan STEM (p > 0.05), walaupun min skor pelajar perempuan sedikit lebih tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa pendekatan STEM diterima secara umum tanpa mengira jantina. Kajian ini mencadangkan agar pendekatan STEM diperkasa melalui pengajaran yang kontekstual, pengurusan masa yang strategik dan latihan pedagogi yang berterusan kepada tenaga pengajar. Secara keseluruhan, hasil kajian ini dapat menyumbang kepada penambahbaikan pelaksanaan PdP berasaskan STEM di institusi pendidikan teknikal, selaras dengan hasrat memperkukuh pendidikan abad ke-21.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-12

How to Cite

Nor Lian Mohd Nordin, Mohammad Mursyeed Ramli, & Maisarah Ismail. (2025). TAHAP PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP PENDIDIKAN STEM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: STUDENT ACCEPTANCE LEVEL OF STEM EDUCATION IN TEACHING AND LEARNING. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(3), 155–163. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/303

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 7 8 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.