TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN BERKAITAN AMALAN KESELAMATAN DI KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH

LEVEL OF UNDERSTANDING OF HOTEL OPERATIONS CERTIFICATE STUDENTS RELATED TO SAFETY PRACTICES AT CHENDEROH COMMUNITY COLLEGE

Authors

  • Farhana Syazni Fadzil Kolej Komuniti Chenderoh, Perak, Malaysia
  • Maisarah Ismail Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Azreena Aziz Kolej Komuniti Chenderoh, Perak, Malaysia

Keywords:

Amalan Keselamatan; bengkel; Sijil Operasi Perhotelan

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk menilai tahap pemahaman pelajar Sijil Operasi Perhotelan di Kolej Komuniti Chenderoh terhadap amalan keselamatan semasa kerja amali di bengkel latihan. Walaupun kajian mengenai keselamatan bengkel dalam konteks TVET telah dilakukan, kajian khusus dalam bidang hospitaliti masih terhad, sedangkan pelajar program ini juga berdepan risiko kemalangan yang signifikan. Justeru, kajian ini mengisi jurang dengan memberi fokus kepada persekitaran bengkel hospitaliti. Instrumen kajian berupa soal selidik diadaptasi daripada kajian lepas dan diedarkan kepada 21 pelajar yang terlibat secara langsung dengan bengkel simulasi hotel, pendobian, dan front office. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui SPSS, dengan interpretasi skor min berdasarkan Wiersma (1995). Dapatan menunjukkan tahap pemahaman pelajar berada pada kategori Tinggi bagi aspek amalan keselamatan (min = 4.0884), faktor persekitaran (min = 4.1089), dan keselamatan peralatan (min = 4.1157). Walaupun hasilnya positif, terdapat kelemahan dalam latihan kecemasan dan pengetahuan ciri keselamatan elektrik. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pihak kolej untuk memperkukuh kurikulum keselamatan, menambah baik latihan kecemasan, dan memastikan peralatan selamat digunakan. Kajian ini terhad kepada saiz sampel yang kecil, namun ia menyediakan asas untuk kajian lanjutan dengan skop yang lebih luas melibatkan institusi TVET lain.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-15

How to Cite

Farhana Syazni Fadzil, Maisarah Ismail, & Azreena Aziz. (2025). TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR SIJIL OPERASI PERHOTELAN BERKAITAN AMALAN KESELAMATAN DI KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH: LEVEL OF UNDERSTANDING OF HOTEL OPERATIONS CERTIFICATE STUDENTS RELATED TO SAFETY PRACTICES AT CHENDEROH COMMUNITY COLLEGE. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(3), 176–186. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/305

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.