KEBERKESANAN PENGETAHUAN UNDANG-UNDANG MARITIM DALAM PEMBELAJARAN KEJURUTERAAN MARIN
THE EFFECTIVENESS OF MARITIME LAW KNOWLEDGE IN LEARNING MARINE ENGINEERING
Keywords:
Pengetahuan, Undang-Undang Maritim, Pembelajaran Kejuruteraan MarinAbstract
Pengetahuan mengenai undang-undang maritim merupakan satu perkara penting yang perlu dipelajari khususnya kepada pelajar dalam bidang kejuruteraan marin. Namun begitu, sejauh mana pengetahuan berkaitan undang-undang ini membantu dalam pembelajaran mereka. Justeru itu kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti manakah jenis Undang-Undang Maritim yang pelajar kejuruteraan maritim mempunyai pengetahuan asas dan menilai sejauh mana pengetahuan undang-undang maritim membantu dalam pembelajaran kejuruteraan marin. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif menggunakan tinjauan soal selidik ke atas pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 96 pelajar daripada program kejuruteraan marin di Politeknik Ungku Omar. Analisis yang digunakan dalam kajian ini adalah analisis deskriptif untuk menentukan tahap setiap item. Hasil analisis menunjukkan bahawa majoriti pelajar mempunyai pengetahuan asas undang-undang Konvensyen Antarabangsa untuk Pencegahan Pencemaran dari Kapal (MARPOL). Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan bahawa majoriti responden bersetuju bahawa pengetahuan Undang-Undang Maritim membantu pelajar untuk mengambil bahagian dalam perdagangan antarabangsa. Kajian ini penting kepada membantu pensyarah mahupun institusi untuk mencari strategi pembelajaran yang lebih baik supaya menambah pengetahuan unda-undang maritim kepada pelajar. Kajian ini mencadangkan supaya menggunakan simulasi kes undang-undang maritim atau latihan praktikal yang melibatkan senario sebenar, seperti penyelesaian pertikaian atau pematuhan peraturan antarabangsa.






