Rekabentuk Penutup Longkang Konkrit Mesra Alam

Authors

  • Nur Hanani Daud Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Saiful Hazman Mokhtar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Ernie Kulian @ Abd Karim Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia

Keywords:

Tempurung kelapa; Penutup Longkang; Mesra Alam

Abstract

Tempurung kelapa adalah salah satu bahagian dari kelapa yang mempunyai pelbagai kebaikan. Menurut Amiruddin (2017), penggunaan tempurung kelapa sebagai bahan ganti agregat bersaiz 10 mm memberi kesan positif terhadap kekuatan di dalam ujian tegangan. Oleh itu, satu kajian yang menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan ganti di dalam pembuatan penutup longkang yang telah dijalankan. Tujuan kajian ini adalah untuk merekabentuk satu penutup longkang mesra alam yang menggunakan bahan buangan. Tempurung kelapa digunakan sebagai bahan tambah agregat kasar iaitu sebanyak 30, 50 dan 70 peratus. Dari analisa kajian mendapati bahawa penambahan tempurung kelapa sebanyak 30% memberikan kekuatan yang tinggi berbanding konkrit biasa setelah di awet selama 7 hari. Nisbah untuk menghasilkan konkrit poros juga berjaya direkabentuk iaitu 3:1 iaitu agregat kasar dan simen manakala air sebanyak 0.5% dari simen. Peratus keporosan yang didapati adalah 60% yang mana bagus untuk pengaliran air ke longkang. Kekuatan beban yang mampu ditampung adalah 100kg. Secara kesimpulannya, objektif dicapai dengan jaya dan kajian ini perlu diteruskan bagi menambah baik dari segi kekuatan beban yang mampu ditanggung, kemasan dan peratus keporosan air.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-09

How to Cite

Nur Hanani Daud, Saiful Hazman Mokhtar, & Ernie Kulian @ Abd Karim. (2024). Rekabentuk Penutup Longkang Konkrit Mesra Alam. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 334–341. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/68

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.