KAJIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN PROGRAM (PEO) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL) POLITEKNIK UNGKU OMAR DARI PERSEPSI PELAJAR: GRADUAN TAHUN: 2020

Authors

  • Saiful Baharin Hairuddin Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar, Malaysia
  • Mohd Nizam Kamarul Baharin Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar, Malaysia
  • Mona Azizan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar, Malaysia

Keywords:

Programme Educational Objectives (PEO), persepsi alumni, pencapaian graduan, pendidikan politeknik, kebolehpasaran, hubungan korelasi, penilaian program, TVET.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai persepsi alumni terhadap kepentingan dan pencapaian Programme Educational Objectives (PEO) dalam konteks kerjaya selepas tamat pengajian bagi program Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) di Politeknik Ungku Omar. Kekurangan data empirikal mengenai pencapaian graduan terhadap PEO menjadi penghalang utama dalam menilai keberkesanan program secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan soal selidik sebagai instrumen utama dan melibatkan seramai 153 responden alumni. Analisis deskriptif menunjukkan tahap persepsi alumni terhadap kepentingan PEO adalah tinggi (min keseluruhan > 4.5), begitu juga dengan tahap pencapaian PEO. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan sangat kuat antara persepsi terhadap kepentingan PEO dan tahap pencapaian PEO (r = 0.792, p < 0.05). Dapatan ini mencerminkan bahawa alumni bukan sahaja mengiktiraf peranan penting PEO dalam pembangunan kerjaya mereka, malah telah berjaya mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesional yang dinyatakan dalam PEO. Kajian ini mencadangkan agar penilaian berkala dan berasaskan data alumni diteruskan bagi memastikan keselarasan program dengan keperluan industri dan kebolehpasaran graduan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2026-06-30

How to Cite

Saiful Baharin Hairuddin, Mohd Nizam Kamarul Baharin, & Mona Azizan. (2026). KAJIAN PENCAPAIAN OBJEKTIF PEMBELAJARAN PROGRAM (PEO) DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT (TEKNOLOGI DIGITAL) POLITEKNIK UNGKU OMAR DARI PERSEPSI PELAJAR: GRADUAN TAHUN: 2020 . Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 12(2). Retrieved from http://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/362

Similar Articles

<< < 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.