KAJIAN KEPERLUAN PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR TANGGUH DAN BERHENTI (E-TB) DI KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR

Authors

  • Halimah Binti Adnan Kolej Komuniti Paya Besar

Keywords:

Sistem Maklumat Pelajar, Kolej Komuniti, Institusi Pendidikan Malaysia

Abstract

Kajian keperluan bagi membangunkan Sistem Maklumat Pelajar Tangguh dan Berhenti (e-TB) ini dibuat bagi menyokong kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu salah satunya adalah untuk meningkatkan tadbir urus dan kecemerlangan dalam organisasi dengan menggunakan sistem dan teknologi. Pihak pengurusan dan akademik Kolej Komuniti Paya Besar (KKPB) perlu sentiasa bersedia dalam menyediakan data dan maklumat berkaitan pelajar bagi memenuhi keperluan segala pihak berkaitan. Capaian data pelajar tangguh dan berhenti secara keseluruhan agak sukar di perolehi melalui sistem sedia ada. Bagi mendapatkan data yang diperlukan, pengguna perlu membuka setiap satu kelas yang ada dan membuat pencarian secara satu persatu melalui kelas yang aktif dan tamat. Kaedah ini mempunyai beberapa masalah yang sangat nyata seperti kemungkinan data yang diperolehi kurang tepat, keciciran data dan penyediaan data yang mengambil masa lama untuk dikumpulkan. Kebiasaannya, data ini diperlukan dalam tempoh tiga hingga lima tahun kebelakang. Selain itu, kaedah yang sering digunakan untuk mendapatkan data adalah menggunakan kaedah manual melalui borang-borang permohonan pelajar. Oleh sebab itu, kajian keperluan ini dibuat untuk melihat tahap keperluan maklumat pelajar tangguh dan berhenti di KKPB dikalangan pengurusan dan akademik. Hasil dapatan data diperolehi melalui borang soal selidik dan telah diedarkan dikalangan pensyarah di KKPB. Bilangan responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 40 orang. Data telah dianalisa secara kuantitatif dan dapatan kajian menunjukkan bahawa 90 % responden bersetuju sistem sedia ada perlu ditambah baik. Manakala, 100% responden menyokong pembangunan Sistem Maklumat Pelajar Tangguh dan Berhenti (e-TB) diperlukan bagi meningkatkan kualiti pengurusan data pelajar. Beberapa cadangan daripada responden juga telah diperolehi bagi memastikan sistem e-TB yang bakal dibangunkan memenuhi kehendak pengguna.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Halimah Binti Adnan. (2020). KAJIAN KEPERLUAN PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT PELAJAR TANGGUH DAN BERHENTI (E-TB) DI KOLEJ KOMUNITI PAYA BESAR. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/193