FAKTOR, HALANGAN DAN CADANGAN TERHADAP KEMAHIRAN GENERIK DARI PERSPEKTIF PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN:SATU KAJIAN KES

Authors

  • Norliza Mohd Noor Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

Kemahiran generik, pelajar sarjana muda, politeknik, penyelidikan qualitative

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor, halangan dan cadangan terhadap kemahiran generik dari perspektif pelajar sarjana muda kejuruteraan. Kajian kes ini menggunakan pendekatan kualitatif. Data dikumpul dengan menggunakan satu set soalan terbuka yang dibina berdasarkan objektif kajian dan tinjauan literatur. Faktor, halangan dan cadangan terhadap kemahiran generik dari perspektif pelajar sarjana muda kejuruteraan diperolehi daripada analisis soalan terbuka dalam soal selidik. Data analisis yang diperolehi daripada 72 borang telah dikategorikan kepada konteks kemudahan prasarana, kemahiran kurikulum, konteks pensyarah, konteks pelajar, konteks persekitaran, konteks pengurusan politeknik dan konteks kemahiran sosial. Tiga faktor teratas yang mempengaruhi kemahiran generik pelajar ialah konteks pelajar, pensyarah dan konteks persekitaran. Tiga halangan teratas yang mempengaruhi kemahiran generik pelajar ialah konteks pelajar, persekitaran dan kemudahan prasarana. Tiga cadangan teratas bagi menambahbaik kemahiran generik pelajar ialah konteks konteks pelajar, pensyarah dan persekitaran. Oleh itu, konteks pelajar, konteks pensyarah, konteks persekitaran dan konteks kemudahan prasarana yang disenaraikan sebagai faktor, halangan serta cadangan yang dikemukakan oleh pelajar seharusnya mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pengurusan politeknik. Kesemua konteks ini berupaya meningkatkan penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar politeknik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-01

How to Cite

Norliza Mohd Noor. (2019). FAKTOR, HALANGAN DAN CADANGAN TERHADAP KEMAHIRAN GENERIK DARI PERSPEKTIF PELAJAR SARJANA MUDA KEJURUTERAAN:SATU KAJIAN KES. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 5(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/213

Similar Articles

<< < 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.