Kajian Psikologi Sukan dalam Kokurikulum di Politeknik

Authors

  • Mohd Hafiz Hussin Politeknik Port Dickson, Malaysia
  • Mohd Firhan Anuar Politeknik Port Dickson, Malaysia
  • Yusnizam Yahaya Politeknik Port Dickson, Malaysia

Keywords:

Psikologi, sukan, deskriptif, politeknik

Abstract

Kajian Psikologi Sukan dalam Kokurikulum di Politeknik ini merupakan suatu kajian ilmiah yang menekankan aspek pemerhatian dan penilaian terhadap dua kurikulum sukan iaitu yang terbaru MPU24011 dan yang sebelumnya adalah DRS2071. Secara Amnya, kokurikulum membawa maksud apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik kuliah (kurikulum) yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik kuliah. Manakala Psikologi Sukan pula merangkumi elemen-elemen yang luas seperti kerisauan persaingan, kuasa penumpuan, intervensi kognitif tingkah laku dalam sukan, pengiktirafan sebab dalam sukan, motivasi dan keyakinan diri dalam sukan dan pelbagai lagi. Namun begitu kajian ini hanya tertumpu kepada kurikulum yang berkaitan dengan sukan di Politeknik samaada sukan indoor mahupun sukan outdoor. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kebaikan dan kelebihan penerapan unsur Psikologi Sukan yang boleh dipraktikkan dalam Silibus Sukan di Politeknik agar seiring dengan perkembangan kemajuan ilmu dalam bidang sains sukan. Selain itu kajian ini juga melihat sejauh mana unsur atau elemen Psikologi Sukan ini telah dipraktikan dalam amalan sukan di Politeknik sekaligus dapat mencapai tujuan, maksud dan kelebihan psikologi sukan itu sendiri. Secara amalannya, mempraktikkan ilmu psikologi sukan ini adalah penting kerana psikologi sukan merupakan bidang yang melibatkan pemerhatian tingkah laku dan bagaimana ia memberi kesan kepada prestasi sukan serta berusaha untuk menentukan bagaimana penglibatan dalam bidang sukan dapat memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan emosi pelajar politeknik. Dengan wujudnya kajian ini diharap prestasi sukan di Politeknik akan berlakunya peningkatan yang drastik sekaligus dapat melahirkan atlet-atlet sukan di peringkat kebangsaan. Kemerosotan seseorang pemain sukan seringkali dilihat berlaku kerana faktor psikologi seperti kurang motivasi, sering hilang tumpuan, darah gemuruh dan kurang keyakinan. Namun perkara ini dapat diatasi melalui penerapan nilai dan ilmu psikologi sukan. Kajian ini hanya tertumpu kepada sukan-sukan di politeknik dan kurikulum yang menyumbang kepada perkembangan di politeknik. Kaedah kajian ini dilaksanakan pula adalah secara deskriptif iaitu berbentuk tinjauan dan juga pemerhatian. Kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Mohd Hafiz Hussin, Mohd Firhan Anuar, & Yusnizam Yahaya. (2024). Kajian Psikologi Sukan dalam Kokurikulum di Politeknik. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/115

Similar Articles

<< < 11 12 13 14 15 16 

You may also start an advanced similarity search for this article.