TAHAP KEPRIHATINAN MAHASISWA TVET TERHADAP PENDEKATAN DERMA SOSIAL
Keywords:
keprihatinan, derma, mahasiswaAbstract
Banyak rencana yang ditulis akhbar tempatan memberi penekanan terhadap perlunya kesedaran sivik dalam kalangan pelajar supaya nilai-nilai murni dan wujudnya rasa tanggungjawab dan membantu orang lain tersemat dalam diri. Berdasarkan kepada isu-isu semasa berkaitan kesejahteraan sosial, kajian perlu dijalankan untuk melihat tahap keprihatinan mahasiswa yang dianggap sebagai golongan terdidik terhadap kesedaran untuk membantu komuniti setempat. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk menilai tahap keprihatinan mahasiswa TVET Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Sabah terhadap pendekatan sumbangan derma kepada masyarakat. Instrumen soal selidik akan digunakan untuk mendapatkan pandangan daripada responden. Seramai 152 pelajar Politeknik Kota Kinabalu, Sabah terlibat dalam kajian ini. Dapatan kajian ini akan dianalisis secara deskriptif dan hasilnya akan ditunjukkan dalam rajah agar mudah fahami oleh pembaca. Kajian ini perlu dijalankan bagi meninjau sejauh mana pendidikan berkaitan keprihatinan terhadap masyarakat setempat telah diterapkan. Di samping itu, dapatan kajian juga dapat meramal sejauh mana sumbangan derma kilat dapat dikumpulkan apabila berlakunya musibah dalam komuniti setempat.