KESEDARAN ETIKA DAN PERATURAN PEPERIKSAAN DALAM KALANGAN PELAJAR: SATU KAJIAN RINTIS DI POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Authors

  • Sarrunnida Ahmad Zaine Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Nor Hayati Fatmi Talib Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Norhidayah Samsu Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Keywords:

Etika; Tahap Kefahaman; Peraturan Peperiksaan; Pelajar Politeknik Malaysia.

Abstract

Peperiksaan merupakan salah satu medium penilaian sumatif bagi menilai pencapaian dan penguasan pelajar dalam sistem pengajian politeknik di mana dalam pelaksanaannya terdapat etika dan peraturan khusus yang telah ditetapkan. Kajian ini bertujuan mengenalpasti tahap kesedaranterhadap etika dan peraturan peperiksaan dalam kalangan pelajar Politeknik Malaysia. Kajian kuantitatif ini menggunakan soal selidik adaptasi Gbadamosi (2004) secara atas talian (google form). Responden kajian adalah seramai 415 orang pelajar Diploma dari 36 buah Politeknik Malaysia. Data kajian dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar politeknik mempunyai tahap kesedaranetika yang tinggi dengan skor min 4.27 (SP=0.65) dan kesedaran terhadap peraturan peperiksaan juga tinggi dengan skor min4.26 (SP=0.57). Hasil analisis T-Test menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan konstruk kesedaran etika iaitu nilai t=-.718 (df 413), P=0.474>0.05 tetapi mempunyai perbezaan yang signifikan bagi konstruk kesedaran peraturan peperiksaan iaitu pada nilai t=-2.119 (df 413), P=0.035<0.05 berdasarkan jantina. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan konstruk kesedaran etika iaitu nilai t=-1.737 (df 413), P=0.083>0.05 dan konstruk kesedaran peraturan peperiksaan iaitu pada nilai t=-1.086 (df 413), P=0.278>0.05 berdasarkan bidang pengajian. Hasil kajian rintis menunjukkan ruang penambahbaikan instrumen kajian terutamanya konstruk kesedaran peraturan peperiksaan sebelum kajian lanjut dijalankan. Kajian menyumbang data bahawa pelajar politeknik mempunyai kesedaran berkenaan etika dan peraturan peperiksaan politeknik pada tahap yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Sarrunnida Ahmad Zaine, Nor Hayati Fatmi Talib, & Norhidayah Samsu. (2020). KESEDARAN ETIKA DAN PERATURAN PEPERIKSAAN DALAM KALANGAN PELAJAR: SATU KAJIAN RINTIS DI POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/190

Similar Articles

<< < 12 13 14 15 16 17 18 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.