Kesan Pandemik Terhadap Aktiviti-aktiviti Riadah Dan Senaman Di Taman Merdeka Johor Bahru

Authors

  • Faizah Sahbudin Politeknik METrO Johor Bahru
  • Malisa Othman Politeknik METrO Johor Bahru
  • Mohd Ghadafi Shari Politeknik METrO Johor Bahru

Keywords:

Pandemik, Riadah, Senaman

Abstract

Aktiviti- aktiviti riadah adalah penting bagi mewujudkan masyarakat yang sihat dari segi mental dan fizikal. Kebiasaannya, bagi penduduk bandar seperti Johor Bahru menjalankan aktiviti-aktiviti riadah di taman-taman rekreasi seperti Taman Merdeka Johor Bahru. Namun sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bagi menghadapi ancaman Pandemik Novel Corona Virus (COVID-19), telah menyebabkan pihak berkuasa seperti Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menutup Taman Merdeka dari segala aktiviti. Disebabkan permasalahan ini, pengkaji menjalankan kajian bagi mengetahui kesan Pandemik COVID-19 terhadap aktiviti-aktiviti riadah dan senaman di Taman Merdeka Johor Bahru. Kajian dilakukan dilokasi Taman Merdeka Johor Bahru menggunakan kaedah soal selidik. 100 reponden yang terdiri daripada pengunjung Taman Merdeka Johor Bahru. Kajian yang dilaksanakan berbentuk kajian tinjauan dan dilakukan secara rawak. Dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi), Bahagian B (Kesan Pandemik dan Amalan pencegahan COVID-19 semasa melakukan aktiviti). Data yang diperolehi daripada kajian ini dianalisa menggunakan Perisian SPSS23. Dapatan kajian mendapati responden menyatakan perasaan bosan berada dirumah (Min = 4.19) kerana tidak dapat melakukan riadah. Disamping itu bagi amalan pencegahan COVID-19 semasa melakukan aktiviti-aktiviti riadah, responden tidak berkumpul dikhalayak ramai (Min = 4.46) dan tidak bersalaman diantara satu sama lain (Min = 4.25). Kajian ini telah berjaya membantu pengkaji dalam melihat sejauh mana kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada aktiviti-aktiviti riadah di Taman Merdeka Johor Bahru. Diharap, hasil kajian ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pentingnya menjalankan aktiviti-aktiviti riadah disamping menjaga keselamatan diri dengan mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-29

How to Cite

Faizah Sahbudin, Malisa Othman, & Mohd Ghadafi Shari. (2024). Kesan Pandemik Terhadap Aktiviti-aktiviti Riadah Dan Senaman Di Taman Merdeka Johor Bahru. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/135

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.