PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 TERHADAP PENDIDIKAN STEM DI POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH. SATU KAJIAN.

Authors

  • Nor Lian Mohd Nordin Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

tahap pengetahuan, persepsi, STEM

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar semester 1 terhadap pendidikan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) yang dilaksanakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengetahui tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar berkaitan pendidikan STEM. Seramai 51 orang responden telah dipilih di mana responden ini adalah para pelajar yang telah menghadiri Seminar STEM pada 28 Ogos 2018 yang lalu. Satu set borang soal selidik yang mengandungi bahagian A dan bahagian B adalah soalan yang berkaitan dengan pembolehubah yang digunakan. Borang soal selidik diberi kepada responden menggunakan google forms selepas program tersebut selesai. Data yang diperolehi, diproses dan dianalisis juga menggunakan perisian excel. Hasil kajian mendapati bahawa pelajar memberikan persepsi yang baik dan positif terhadap pendidikan STEM di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Namun perlaksanaan pendidikan STEM ini bukan sahaja tertumpu kepada pelajar tetapi perlu diberi penambahbaikan dari segi latihan dan ilmu kepada warga pendidik agar perlaksanaan pendidikan STEM dapat dicapai secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-01

How to Cite

Nor Lian Mohd Nordin. (2019). PERSEPSI PELAJAR SEMESTER 1 TERHADAP PENDIDIKAN STEM DI POLITEKNIK UNGKU OMAR, IPOH. SATU KAJIAN. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 5(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/198

Similar Articles

<< < 2 3 4 5 6 7 

You may also start an advanced similarity search for this article.