PENGHASILAN PETA DAN ANALISIS PERUBAHAN GUNA TANAH DI KEDAH BAGI TAHUN 2016, 2019 DAN 2023
MAP PRODUCTION AND ANALYSIS OF LAND USE CHANGE IN KEDAH FOR THE YEARS 2016, 2019 AND 2023
Keywords:
guna tanah; pertanian; landsatAbstract
Pembangunan pesat di Malaysia telah mendorong perubahan guna tanah yang ketara, terutamanya di kawasan pertanian. Kajian ini meneliti perubahan guna tanah di kawasan Jitra, Kedah iaitu sebuah kawasan utama dalam pengeluaran padi negara bagi tempoh 2016 hingga 2023. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti pola perubahan guna tanah dan kesannya terhadap kawasan pertanian. Imej satelit Landsat 8 dan Landsat 9 bagi tahun 2016, 2019 dan 2023 diperoleh daripada United States Geological Survey (USGS) dan dianalisis menggunakan kaedah pengkelasan (Supervised) imej penderiaan jauh. Empat algoritma utama digunakan, iaitu Maximum Likelihood, Minimum Distance, Support Vector Machines (SVM) dan neural networks bagi menghasilkan klasifikasi guna tanah yang tepat. Hasil kajian menunjukkan kawasan pembangunan merekodkan pertumbuhan pesat daripada 17,787 hektar (22%) pada tahun 2016 kepada 46,389 hektar (39%) pada tahun 2023. Sebaliknya, keluasan tanah lapang berkurang secara drastik daripada 20,491 hektar (25%) kepada hanya 3,879 hektar (2%) dalam tempoh yang sama. Perubahan ini membuktikan bahawa pembangunan pesat telah memberi impak langsung terhadap struktur guna tanah di Jitra. Oleh itu, kajian ini menegaskan kepentingan pemantauan guna tanah secara berterusan serta peranan teknologi geospatial dalam menyokong perancangan bandar lestari dan pengurusan sumber semula jadi secara mampan.