Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Modul Kursus Kokurikulum MPU Di Politeknik Kota Bharu
Keywords:
persepsi pelajar, modul kokurikulumAbstract
Di dalam sistem pendidikan Malaysia, pelajar-pelajar telah didedahkan dengan aktiviti kokurikulum bermula dari peringkat sekolah rendah sehingga pelajar tersebut melanjutkan pengajian di peringkat institusi pengajian tinggi. Di dalam pengajian di politeknik, Modul Kursus kokurikulum MPU adalah diwajibkan kepada semua pelajar Semester 1 dan 2 politeknik. Pengenalan Kursus Kokurikulum MPU sebagai modul kokurikulum di dalam sistem pengajian di politeknik dapat memberikan manfaat yang besar kepada para pelajar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar terhadap Modul Kursus Kokurikulum MPU di Politeknik Kota Bharu. Seramai 50 orang pelajar Semester 2 yang telah lulus Kursus Kokurikulum MPU pada Semester 1 telah dijadikan sebagai responden bagi kajian ini. Kajian ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Sciene) Versi 20.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap Modul Kursus Kokurikulum MPU adalah amat bermanfaat kepada mereka dan pendedahan kepada modul ini dapat meningkatkan nilai-nilai murni diri pelajar.