Kajian Tahap Pengetahuan Dan Amalan Terhadap Senaman Di Kalangan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru
Keywords:
Pengetahuan, Amalan, Senaman, COVID-19Abstract
Senaman adalah penting untuk kesihatan tubuh badan, meningkatkan kualiti hidup dan tahap kesihatan. Disamping itu, senaman yang kerap dan berkualiti dapat membantu meningkatkan prestasi fisiologi. Namun, adakah pelajar Politeknik METrO Johor Bahru mengamalkan dan mempunyai pengetahuan mengenai senaman, terutamanya semasa COVID-19. Bagi menjawab persoalan tersebut, pengkaji menjalankan satu kajian tinjauan bagi mengetahui penglibatan pelajar dalam aktiviti senaman dari aspek pengetahuan, amalan senaman, dan kekangan menjalani aktiviti senaman. Kajian ini dijalankan keatas 100 orang pelajar menggunakan instrumen soal selidik. Soal selidik diedarkan menggunakan Google Form dan kemudian dianalisa menggunakan SPSS25. Mengandungi dua bahagian iaitu Bahagian A (Demografi) dan Bahagian B (Tahap Pengetahuan, Amalan, dan Kekangan). Dapatan menunjukkan min bagi tahap pengetahuan pelajar PMJB terhadap senaman adalah pada tahap yang tinggi. Bagi amalan senaman dikalangan pelajar, terdapat empat penyataan yang mencatatkan nilai min tinggi manakala tiga penyataan mencatatkan nilai min sederhana. Mengenai kekangan pelajar PMJB menjalani senaman, tiga penyataan mencatatkan nilai min tinggi dan satu penyataan menunjukkan min sederhana. Objektif kajian telah dicapai dan diharap dengan kajian ini dapat membantu pihak berkaitan terutama Politeknik METrO Johor Bahru dalam membudayakan aktiviti bersenam di kalangan pelajar.