Realiti Maya Interaktif (VRi) Di Loji Rawatan Air

Authors

  • Saiful Hazman Mokhtar Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • Ernie Kulian @ Abd Karim Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia
  • wan Nurul Hasinah Wan Kamarudin Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Malaysia

Keywords:

Realiti maya interaktif (VRi) & Proses rawatan air.

Abstract

Penggunaan realiti maya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) menyediakan pengalaman imersif kepada pelajar demi memperkukuhkan pemahaman berkaitan perkara yang dipelajari. Pembelajaran lmersif merujuk kepada suasana pembelajaran bermakna yang mana pelajar terlibat secara aktif dan menghayati kandungan yang dipelajari dalam konteks keadaan sebenar. Oleh demikian objektif kajian inovasi ini dijalankan bagi menilai persepsi pelajar berkaitan penggunaan realiti maya interaktif (VRi) sebagai alternatif baru bahan PdP bagi kursus Water Supply & Waste Water Engineering. Pemahaman terhadap
proses rawatan air sukar dicapai melalui pembacaan dan pembelajaran teori di dalam kelas sahaja. Pelajar perlu dibawa ke tapak bagi mempelajari proses tersebut. Kadangkala lawatan tidak dapat dilaksanakan disebabkan kekangan kewangan, masa dan pendamik Covid-19. Pembangunan bahan VRi proses rawatan air ini terdiri daripada beberapa peringkat dimana ia melibatkan proses reka bentuk, pemilihan lokasi, penggambaran, pembangunan VRi proses rawatan air dan penilaian keberkesanan. Melalui penilaian, didapati tahap keberkesanan penggunaan VRi dalam PdP adalah tinggi. Aplikasi ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap proses rawatan air. Pembangunan VRi ini merupakan salah satu strategi KPI JPPKK di bawah KPI strategi meningkatkan mekanisma penyampaian berkesan dan pelaksanaan pembelajaran teradun

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-09

How to Cite

Saiful Hazman Mokhtar, Ernie Kulian @ Abd Karim, & wan Nurul Hasinah Wan Kamarudin. (2024). Realiti Maya Interaktif (VRi) Di Loji Rawatan Air. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 359–368. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/71

Similar Articles

1 2 3 4 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.