Tahap Pengetahuan Dan Kekangan Pelajar Politeknik METrO Johor Bahru Dalam Permainan Tradisional Congkak
Keywords:
Permainan Traditional, Congkak, Pelajar, PMJBAbstract
Kepelbagaian budaya dan kaum telah melahirkan pelbagai jenis permainan tradisional mengikut kaum. Salah satu permainan tradisional yang popular dalam kalangan orang Melayu adalah congkak. Secara asasnya, permainan tradisional congkak ini bertujuan menguji kepantasan dan kemahiran seseorang dalam pengiraan. Permainan ini tidak melibatkan kos yang tinggi selain dapat mengisi masa lapang. Dengan kemajuan teknologi yang pesat, generasi sekarang lebih cenderung menghabiskan masa dengan permainan digital kerana beranggapan ia tiada nilai komersil. Peredaran masa juga telah mengubah cara hidup di mana permainan tradisional ini telah diganti dengan aktiviti sukan dan riadah yang lain. Pengkaji memfokuskan dalam mengkaji pengetahuan dan kekangan pelajar Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) tentang permainan tradisional congkak yang pernah popular suatu masa dahulu. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 89 orang iaitu populasi keseluruhan pelajar semester satu sesi Jun 2020. Penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif di mana data dianalisis menggunakan SPSS23. Soal selidik dijalankan mengandungi tiga bahagian iaitu Bahagian A (Maklumat Demografi Pelajar), Bahagian B (Tahap Pengetahuan), dan Bahagian C (Kekangan). Dapatan kajian mendapati, pelajar mempunyai pengetahuan yang baik terhadap permainan tradisional congkak dimana dapatan nilai min berada pada tahap yang tinggi. Namun, aspek kekangan pelajar juga menunjukan dapatan nilai min berada pada tahap yang tinggi. Secara keseluruhannya, objektif kajian telah berjaya.