Amalan Gaya Hidup Sihat Pensyarah Politeknik METrO Johor Bahru Semasa Pandemik COVID-19

Authors

  • Fitriyah Mirojono Politeknik METrO Johor Bahru
  • Nurul Hana Ab Nasir Politeknik METrO Johor Bahru

Keywords:

Gaya Hidup Sihat, Amalan Pemakanan, Amalan Senaman

Abstract

Kajian ini bertujuan meninjau pengamalan gaya hidup sihat oleh pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru semasa pandemik COVID-19. Amalan pemakanan, senaman dan kesedaran penyakit serius yang dihadapi diselidik bagi melihat secara deskriptif perspektif pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru tentang gaya hidup sihat dalam norma baru, bekerja dari rumah. Objektif kajian ini ialah mengenalpasti amalan pemakanan pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru di samping amalan senaman dan melihat implikasi antara amalan pemakanan dan senaman ini dengan sebarang penyakit serius yang dihidapi. Kajian juga meninjau faktor-faktor yang menghalang pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 32 orang pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru. Penyelidik menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang diperolehi daripada instrumen tersebut dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Dapatan kajian mendapati bahawa sebanyak 53.6% responden adalah dalam kategori berat berlebihan dan obesiti. Walaubagaimanapun berdasarkan data amalan pemakanan dan amalan senaman, kajian menunjukkan pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru mengamalkan pemakanan yang sihat dan bersenam seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatan kajian juga mendapati sebanyak 75% respon diterima untuk faktor yang menghalang pensyarah Politeknik Metro Johor Bahru untuk mengamalkan gaya hidup sihat adalah disebabkan oleh sibuk dan kerja yang banyak. Diharapkan dapatan kajian ini dapat membantu kumpulan pengurusan Politeknik Metro Johor Bahru dalam merangka aktiviti-aktivti yang boleh dilaksanakan untuk meningkatkan tahap kesihatan pensyarah mereka terutamanya dalam situasi pandemik COVID-19 di mana kebanyakan masa pensyarah bekerja dari rumah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-26

How to Cite

Fitriyah Mirojono, & Nurul Hana Ab Nasir. (2024). Amalan Gaya Hidup Sihat Pensyarah Politeknik METrO Johor Bahru Semasa Pandemik COVID-19. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/130