Kesediaan dan Keperluan Pelajar Terhadap Pembangunan M-Learning Menggunakan Aplikasi Mudah Alih Bagi Kursus Power Electronics
Keywords:
M-Learning, Aplikasi Mudah Alih, Power ElectronicsAbstract
Perkembangan teknologi telah merubah gaya hidup manusia masa kini dalam usaha menambahbaik sistem pembelajaran secara teknologi mudah alih. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesediaan dan keperluan pelajar terhadap pembangunan aplikasi mudah alih secara M- Learning bagi kursus Power Electronics.
Seramai 60 pelajar dari semester 4, Diploma Kejuruteraan Mekatronik yang terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Borang soal selidik digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini yang telah diubahsuai dan dirujuk daripada Technology Acceptance Model (TAM) bagi menentukan tahap kesediaan dan keperluan terhadap penggunaan mobile learning di kalangan pelajar. Instrumen kajian yang digunakan adalah terdiri daripada satu set soal selidik yang mengandungi 48 item soalan dan menggunakan skala Likert yang menggunakan skala 5. Data kajian dianalisa melalui statistik deskriptif dan analisis kualitatif yang menggunakan SPSS versi 28.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap pembelajaran secara atas talian, strategi pembelajaran pelajar, keperluan rekabentuk aplikasi mudah alih dan bagi keperluan rekabentuk interaksi dalam aplikasi mudah alih skor min adalah 3.94 - 4.43. Berdasarkan kepada dapatan yang diperolehi, skor min yang diperolehi pada tahap tinggi. Oleh itu, penyelidik akan meneruskan penyelidikan dengan lebih lanjut serta dapat digunakan dalam elemen pembangunan M-Learning aplikasi mudah alih bagi kursus Power Electronics yang lebih mudah, sistematik dan menarik.