Potensi Penggunaan Aplikasi Blipp Me Dari Segi Keinginan dan Manfaat Penggunaan Dalam Proses Pembelajaran Pelajar

Authors

  • Abdul Fattah Hamden Politeknik METrO Betong, Sarawak
  • Farah Nadia Mohd Hasnu Politeknik METrO Betong, Sarawak
  • Nur Syazwanie Abdul Rahman Kolej Komuniti Kuching, Sarawak

Keywords:

Augmented reality (AR); Blipp Me;potensi

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi mengenalpasti potensi aplikasi Blipp
Me dalam pembelajaran pelajar dari segi keinginan dan manfaat.
Sebanyak 42 orang pelajar telah menjawab soal selidik ini. Reka
bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang
menggunakan kaedah deskriptif iaitu skor min bagi menilai tahap
keinginan dan manfaat dari potensi aplikasi dalam proses
pembelajaran pelajar. Instrumen bagi kajian ini adalah berbentuk
soal selidik dan diedarkan kepada pelajar melalui Google Form.
Analisis data ini menggunakan perisian SPSS 23.0. Dapatan kajian
menunjukkan potensi aplikasi Blipp Me dari segi keinginan dan
manfaat penggunaan dalam proses pembelajaran adalah baik
dengan nilai min bagi aspek keinginan adalah 3.98 dan bagi aspek
manfaat adalah 4.23. Hasil ujian T menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan tahap keinginan berdasarkan jantina.
Manakala, hasil dapatan yang sama juga diperolehi bagi aspek
manfaat dimana tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap
manfaat berdasarkan jantina. Selain itu, hasil kolerasi menunjukkan
terdapat hubungan yang signifikan diantara keinginan dan manfaat
menggunakan aplikasi Blipp Me dalam proses pembelajaran pelajar.
Oleh itu, penggunaan aplikasi Blipp Me mampu meningkatkan tahap
pemahaman pelajar melalui rasa seronok menggunakan aplikasi
Blipp Me dan mendedahkan pelajar kepada pembelajaran digital.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-25

How to Cite

Abdul Fattah Hamden, Farah Nadia Mohd Hasnu, & Nur Syazwanie Abdul Rahman. (2024). Potensi Penggunaan Aplikasi Blipp Me Dari Segi Keinginan dan Manfaat Penggunaan Dalam Proses Pembelajaran Pelajar. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 9(1), 72–81. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/16

Similar Articles

You may also start an advanced similarity search for this article.