KEUPAYAAN POLITEKNIK NILAI DALAM MENYEDIAKAN INFORMASI ASPEK PENGETAHUAN PELAJAR KEJURUTERAN MEKANIKAL MENJALANI LATIHAN INDUSTRI: ANALISIS NGT

Authors

  • Yusrita Yuseop Unit Perhubungan Dan Latihan Industri, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Mohd Ridhuan Mohd Jamil Pusat Penyelidikan & Inovasi, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan
  • Maheran Sulaiman Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan

Keywords:

kesediaan, latihan industri, pelajar Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Nilai, teknik NGT

Abstract

Dewasa kini, Politeknik Malaysia dilihat antara peneraju latihan pendidikan teknik dan vokasional di negara kita. Maka antara kursus yang ditekankan adalah melibatkan pembelajaran melalui latihan industri. Jika diimbas memaparkan bahawa latihan industri merupakan salah satu daripada program kurikulum yang wajib dilalui oleh para pelajar di Politeknik Malaysia. Lanjutan itu, para pelajar boleh memilih tempat latihan sama ada di sektor kerajaan mahupun swasta. Namun begitu, penilaian kebolehgunaan pelaksanaan latihan industri ini kurang dikaji keberkesanannya. Lantas kajian ini adalah bertujuan untuk melihat kesediaan aspek pengetahuan yang diterapkan oleh pihak politeknik kepada para pelajar. Kajian ini juga memfokuskan kepada 30 orang pelajar kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Metodologi yang digunakan adalah melibatkan pendekatan Nominal Group Technique (NGT). Dapatan dari kajian menunjukkan bahawa pendedahan awal tentang kepentingan LI dapat memenuhi kesediaan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sebelum menjalani latihan industri di akhir semester.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-06-01

How to Cite

Yusrita Yuseop, Mohd Ridhuan Mohd Jamil, & Maheran Sulaiman. (2020). KEUPAYAAN POLITEKNIK NILAI DALAM MENYEDIAKAN INFORMASI ASPEK PENGETAHUAN PELAJAR KEJURUTERAN MEKANIKAL MENJALANI LATIHAN INDUSTRI: ANALISIS NGT. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/185

Similar Articles

<< < 9 10 11 12 13 14 15 16 17 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.