PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA PUO TERHADAP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Authors

  • Julaiha Abd Rahim Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Kamaruddin Yunus Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Seri Bunian Mokhtar

Keywords:

Persekitaran Pembelajaran, Beban tugasan, Komuniti pembelajaran

Abstract

Kajian ini dilakukan untuk meninjau persekitaran pembelajaran (KPP) dalam kalangan pelajar sarjana muda PUO. Seramai 72 responden dari pelajar Kejuruteraan Awam dan Mekanikal terlibat dalam kajian ini. Data soal selidik dianalisis menggunakan SPSS 21 untuk Windows 10. Pembolehubah bagi persekitaran pembelajaran yang dikaji ialah objektif yang jelas, penilaian, beban tugasan, komuniti pembelajaran, pengajaran yang baik dan sumber pembelajaran. Hasil analisis menunjukkan nilai Alpha Cronbach pada klasifikasi tinggi dan sangat tinggi iaitu melebihi 0.70. Hasil analisis secara keseluruhannya menunjukkan pelajar mempunyai persepsi tahap persekitaran yang sederhana tinggi kecuali penilaian adalah tinggi. Ujian –t dan Ujian ANOVA-satu hala digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan konteks persekitaran pembelajaran yang signifikan dengan jantina, jabatan dan HPNM. Dapatan kajian menunjukkan min bagi 6 domain pembolehubah bagi KPP secara keseluruhan min bagi pelajar sarjana muda PUO berada pada tahap tinggi. Keputusan ujian t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara beban tugasan bagi lelaki dan perempuan, manakala bagi pembolehubah yang lain tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Manakala keputusan ujian t tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara jabatan pelajar dengan KPP kecuali komuniti pembelajaran.Keputusan ujian ANOVA – satu hala tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara HPNM pelajar
dengan KPP.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-10-01

How to Cite

Julaiha Abd Rahim, Kamaruddin Yunus, & Seri Bunian Mokhtar. (2019). PERSEPSI PELAJAR SARJANA MUDA PUO TERHADAP PERSEKITARAN PEMBELAJARAN . Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 5(1). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/204

Similar Articles

1 2 3 4 5 6 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.