SIFAT-SIFAT KEKUATAN KAYU SAMBUNGAN TANGGAM JARI
Keywords:
Kekuatan kayu, Tanggam jari, MOR, MOE.Abstract
Tiga spesies kayu keras iaitu kelat, keledang dan durian dijadikan sampel dalam kajian ini. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kekuatan kayu sambungan tanggam jari. Semua sampel disediakan mengikut mengikut spesifikasi yang terdapat dalam piawaian AS/NZS 1491 : 1996 – Finger Jointed Structural Timber. Analisis sampel berdasarkan piawaian AS/NZS 4063 : 1992 – Timber Stress graded In grade Strength and Stiffness Evaluation dan piawaian MS544: 2001 – Malaysia Standard code of practice for Structural use of Timber (Part 2). Hasil dari kajian ini, didapati purata MOE yang paling tinggi diperolehi oleh kayu kelat, keledang dan durian. Manakala MOR yang paling tinggi adalah kayu durian, keledang dan kelat. Kayu durian mempunyai kekuatan sambungan tanggam jari yang tinggi, diikuti dengan kayu keledang dan seterusnya kayu kelat.Ketiga-tiga kayu ini mengalami kegagalan pada sambungan tanggam jari.