Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Platform Semasa PDPT & Masalah Kemudahan Internet: Kajian di Kalangan Pelajar Diploma Logistik Polisas
Keywords:
persepsi; platform atas talian; digital ; virtualAbstract
Pandemik Covid-19 telah memberi impak yang besar kepada struktur pendidikan seluruh dunia yang menyebabkan peralihan dari pendekatan pendidikan konvensional kepada pendidikan digital. Pengajian secara atas talian, digital atau virtual ditawarkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai langkah menangani pandemik ini.Penggunaan platform atas talian memerlukan akses jalur lebar yang tinggi dan ini mengundang masalah dalam pembelajaran dan pengajaran .Konferen video atas talian bersifat synchronous manakala rakaman video adalah asynchronous memerlukan kadar penggunaan data yang tinggi dan membebankan pelajar dari segi kos.Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif dan instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik melalui perantaraan Google Forms.Responden kajian ini seramai 36 pelajar Diploma Logistik semester satu Polisas.Hasil kajian mendapati pelajar mempunyai komputer riba dan telefon pintar,manakala jenis platform atas talian yang paling mudah digunakan Microsoft Teams serta Telegram. Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar bersetuju menggunakan platform Microsoft Teamsserta Telegram dan ianya sesuai serta berkesan bagi sesi perkuliahan atas talian. Walaubagaimanapun pelajar menghadapi masalah mendapatkan kemudahan talian akses internet. Pensyarah perlu memilih platform yang sesuai dan mengetahui kestabilan internet semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran atas talian.Semua pihak terutamanya pihak Kementerian Pengajian Tinggi mendapat manfaat dari kajian ini supaya cabaran ini dapat ditangani dengan segera bagi membina pelan kontigensi selaras dengan proses adaptasi pembelajaran atas talian.