PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KURSUS ENGINEERING SURVEYING

USE OF SOCIAL MEDIA IN TEACHING AND LEARNING IN ENGINEERING SURVEYING COURSES

Authors

  • Mohd Zahirudin Mohammed Na’aim Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar
  • Marlina Abdul Manaf Jabatan Teknologi Makumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar

Keywords:

tik tok; PdP;media sosial

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masa kini telah mengalami perubahan ketara selari dengan perkembangan teknologi. Media sosial kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian pelajar kerana daya tarikannya yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Bagi pelajar-pelajar yang mengikuti Program Diploma Geomatik, Program Diploma Kejuruteraan Awam, dan Program Senibina, Kursus Engineering Surveying merupakan salah satu kursus teras yang ditawarkan kepada pelajar Semester 2. Pelajar kursus ini dikehendaki menjalani amali kerja luar ukur yang melibatkan penggunaan peralatan ukur seperti Total Station dan Alat Aras. Namun begitu, tahap kemahiran pelajar dalam mengendalikan peralatan ini masih rendah, menunjukkan keperluan kepada pendekatan PdP yang lebih efektif dan mudah diakses. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar tentang aplikasi TikTok dan penggunaannya sebagai platform PdP dalam meningkatkan pemahaman dan kemahiran amali kerja luar ukur pelajar kursus Engineering surveying. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif menggunakan instrumen soal selidik di Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Ungku Omar yang terdiri daripada 60 orang sampel daripada pelajar yang mengambil kursus Engineering Surveying. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan media sosial seperti aplikasi TikTok sebagai medium PdP merupakan satu pendekatan inovatif yang selari dengan gaya pembelajaran pelajar masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-10-11

How to Cite

Mohd Zahirudin Mohammed Na’aim, & Marlina Abdul Manaf. (2025). PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KURSUS ENGINEERING SURVEYING: USE OF SOCIAL MEDIA IN TEACHING AND LEARNING IN ENGINEERING SURVEYING COURSES. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(2), 133–142. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/275

Similar Articles

<< < 1 2 3 

You may also start an advanced similarity search for this article.