Sorotan Terhadap Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Islam Pelajar Berkeperluan Khas (PBK) Pendengaran Politeknik

Authors

  • Solehah Samsudin Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Nur Afifah Saharudin Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Hazwani Ubaidillah Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia
  • Ariyanti Adnan Politeknik Ungku Omar, Perak, Malaysia

Keywords:

Pelajar berkeperluan khas, OKU pendengaran, pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam, pembelajaran dalam talian, fardhu ain.

Abstract

Kurikulum Pendidikan Islam di politeknik Malaysia menunjukkan bahawa ketidakupayaan Pelajar Berkeperluan Khas (PBK) pendengaran memerlukan kaedah, teknik dan pendekatan pembelajaran yang sesuai daripada pelajar normal. Oleh itu, artikel ini bertujuan memahami pendekatan pembelajaran dalam PBK (Pendengaran) dalam memahami istilah Pendidikan Islam dan kehidupan beragama. Selain itu, pendekatan pembelajaran ini juga adalah untuk meneliti kaedah pengajaran yang bertepatan terhadap pelaksanaan Pendidikan Islam PBK. Kajian kepustakaan yang bersumberkan artikel menunjukkan terdapat tiga pendekatan yang boleh diaplikasikan kepada PBK (pendengaran) iaitu melalui kompetensi kemahiran komunikasi bahasa isyarat guru terutamanya istilah agama, bahan bantu pembelajaran yang dibangunkan khas untuk PBK dan boleh diadaptasikan dalam talian atau bersemuka serta amali yang mengukuhkan kefahaman topik pembelajaran secara konsisten. Oleh itu, implikasi daripada pendekatan ini ialah pensyarah perlu diberikan kursus kompetensi berbahasa isyarat untuk mengukuhkan istilah dalam Pendidikan Islam. Malah, pembangunan bahan bantu serta latihan amali menggunakan elemen 3V iaitu video, visual dan virtual simulation turut dicadangkan untuk meningkatkan kefahaman pelajar secara menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-26

How to Cite

Solehah Samsudin, Nur Afifah Saharudin, Hazwani Ubaidillah, & Ariyanti Adnan. (2024). Sorotan Terhadap Pendekatan Pembelajaran Pendidikan Islam Pelajar Berkeperluan Khas (PBK) Pendengaran Politeknik. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 129–140. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/46

Similar Articles

<< < 5 6 7 8 9 10 

You may also start an advanced similarity search for this article.