Kajian Kerosakan Turapan Jalan Di Bandar Baru Bangi, Selangor

Authors

  • Muhammad Syamir Hafiy Hussain Department of Civil Engineering, Faculty of Engineering & Built Environment, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Abu Hanifah Yusof Civil Engineering Department, Politeknik Kota Bharu, KM24, Kok Lanas, 16450 Ketereh, Kelantan
  • Muhamad Razuhanafi Mat Yazid Department of Civil Engineering, Faculty of Engineering & Built Environment, Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, 43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
  • Mohd Azizul Ladin Faculty of Engineering, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Malaysia

Keywords:

Penyelenggaraan turapan; Penyelenggaraan jalan; Tekanan beban trafik

Abstract

Penyelenggaraan turapan jalan adalah sangat penting untuk memanjangkan jangka hayat turapan dan juga untuk memelihara jalan agar berfungsi dengan baik, selamat, dan selesa kepada pengguna jalan raya. Secara umumnya, pengabaian atau melambatkan aktiviti penyelenggaraan jalan raya boleh meningkatkan kos penyelenggaraan dan juga memberi kesan negatif atau masalah pengguna jalan raya. Kajian ini bertujuan untuk menilai keadaan turapan Jalan Bandar Baru Bangi sepanjang 3 kilometer. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis kegagalan turapan dan menentukan kaedah penyelenggaraan yang sesuai dilaksanakan untuk menangani masalah kerosakan permukaan jalan turapan. Kajian ini memberi tumpuan kepada kaedah pemerhatian dan penilaian tapak untuk turapan boleh lentur di sepanjang laluan jalan kajian dengan merujuk kepada garis panduan daripada “A Guide To Visual Assessment Of Flexible Pavement Surface Condition”( JKR 20709-2060-92). Dari kajian ini, jenis kerosakan turapan yang biasa telah ditemui pada jalan kajian telah
direkodkan antaranya adalah keretakan, kerosakan permukaan, ubah bentuk permukaan, tampalan, lelubang dan kerosakan tebing. Kerosakan keseluruhan paling banyak berlaku pada jalan Inbound iaitu 50.6% berbanding 49.3% di jalan Outbound. Majoriti kerosakan turapan berlaku sepanjang jalan Inbound, yang mana 20% keretakan, 22% kerosakan permukaan, 3% bagi tampalan dan lelubang serta 1% kerosakan tebing dan ubahbentuk permukaan. Mengikut tahap-tahap kerosakan, kerosakan tahap rendah mencatat 34.4%, kerosakan tahap sederhana 48% dan kerosakan tahap tinggi adalah 17.5%. Dalam kajian ini didapati kerosakan jenis keretakan adalah paling tinggi direkodkan disebabkan oleh akibat tekanan daripada beban trafik yang dikenakan secara berterusan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-06-28

How to Cite

Muhammad Syamir Hafiy Hussain, Abu Hanifah Yusof, Muhamad Razuhanafi Mat Yazid, & Mohd Azizul Ladin. (2024). Kajian Kerosakan Turapan Jalan Di Bandar Baru Bangi, Selangor . Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 197–206. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/54