PENILAIAN SISTEM PENGIRAAN FI KEBENARAN MERANCANG (e-FiKM) BERASASKAN WEB

Authors

  • Rozimi Majid Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Mohd Hafeez Mohd. Soid Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Siti Noor Zilawati Minhad Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia
  • Faezah Yahya Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Malaysia

Keywords:

fi kebenaran merancang, perunding, pihak berkuasa tempatan

Abstract

Sistem pengiraan Fi Kebenaran Merancang (e-FiKM) berasaskan Web dibangunkan selari dengan dasar ICT Negara ke arah Revolusi industri 4.0. e-FiKM dibangunkan sebagai membantu meringankan beban kerja Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT). Fokus utama e-FiKM adalah dalam aspek penjimatan masa dan kecekapan dalam pemberian perkhidmatan permohonan kebenaran merancang. e-FiKM mampu meningkatkan perkhidmatan yang berkualiti, adil, tepat cepat dan ekonomik kepada perunding dan PBPT. Melalui e-FiKM juga PBPT tidak lagi perlu membuat pengiraan secara manual. Matlamat e-FiKM adalah bagi memudahkan pengiraan fi kebenaran merancang yang merupakan salah satu tugas perunding dan pihak berkuasa tempatan. dalam kajian penilaian ini sebanyak 26 industri telah hadir iaitu 15 daripada PBPT dan PLANMalaysia, manakala 11 industri pula adalah daripada pihak konsultan. Borang kaji selidik penilaian sistem pengiraan Fi Kebenaran Merancang (e-FiKM) berasaskan Web telah diedarkan selepas majlis demontrasi e-FiKM dijalankan. Penemuan kajian mendedahkan bahawa sistem e-FiKM secara positif mempengaruhi pencapaian tahap pengurusan Pihak berkuasa tempatan dan perunding yang cekap. Pengiraan Fi KM menggunakan e-FiKM lebih cepat dan tepat. Tanpa memerlukan calculator dan tidak memerlukan kiraan yang berulangulang. Ralat pengiraan menggunakan e-FiKM adalah sifar. Setiap kiraan dalam ketogeri kebenaran merancang telah dimasukkan formula, di mana ianya dijana oleh komputer. Paparan muka e-FiKM yang mesra pengguna. Setiap paparan terdapat icon di kiri dan atas paparan e-FiKM. Hasil daripada kajian ini juga terdapat beberapa cadangan dan pandangan penambahbaikan yang diberikan oleh pihak perunding dan PBT.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Rozimi Majid, Mohd Hafeez Mohd. Soid, Siti Noor Zilawati Minhad, & Faezah Yahya. (2020). PENILAIAN SISTEM PENGIRAAN FI KEBENARAN MERANCANG (e-FiKM) BERASASKAN WEB. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/164

Similar Articles

1 2 3 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.