Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek

Authors

  • Farah Hanan Abu Bakar Politeknik Mukah, Sarawak
  • Fatin Faqeriah Hamsah Politeknik Mukah, Sarawak
  • Lezawati Seron Politeknik Mukah, Sarawak

Keywords:

kemahiran berfikir aras tinggi ; pembelajaran berasaskan projek ; Politeknik Mukah

Abstract

Dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menekankan aspek kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) sebagai pembaharuan sistem sistem pendidikan di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum KBAT merupakan elemen penting diterapkan oleh pensyarah di dalam kelas bagi melahirkan generasi yang dapat merangsang pemikiran aras tinggi. Setiap pelajar haruslah menguasai KBAT dalam meningkatkan aras pengetahuan, menyelesaikan masalah seperti mana keadaan yang sebenar. Dengan adanya KBAT mendorong pelajar didedahkan untuk menghasilkan daya cipta yang kreatif serta didedahkan dengan pengajaran yang boleh merangsang pemikiran pelajar berfikir secara luar kotak. Pelajar menyelesaikan masalah yang telah diberikan kepada pelajar melalui pertukaran idea di dalam kumpulan untuk menghasilkan satu produk yang baharu. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek dapat meransang kemahiran KBAT pelajar dalam menyelesaikan masalah dalam satu kumpulan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penguasaan KBAT dalam pembelajaran berasaskan projek melalui kursus Penghayatan Etika dan Peradaban di Politeknik Mukah. Dalam kajian ini menggunakan metodologi kajian berbentuk kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik diisi melalui perisian google form untuk dijawab oleh responden kajian. Responden kajian ini terdiri daripada 159 orang pelajar yang mengambil kursus Penghayatan Etika dan Peradaban di Politeknik Mukah. Persampelan rawak mudah telah digunakan untuk pemilihan responden kajian ini. Data kajian ini menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. untuk menganalisis data. Penguasaan KBAT pelajar dalam pembelajaran berasaskan projek dalam kajian ini mencapai min tinggi. Oleh itu, pensyarah diharap dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam penguasaan KBAT pelajar khususnya dalam pembelajaran berasaskan projek.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-09

How to Cite

Farah Hanan Abu Bakar, Fatin Faqeriah Hamsah, & Lezawati Seron. (2024). Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Pelajar Dalam Pembelajaran Berasaskan Projek. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 8(1), 383–393. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/73

Similar Articles

<< < 11 12 13 14 15 16 17 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.