Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Melalui Google Meet

Authors

  • Ernie Suzana Mahsum Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
  • Rosminah Mustakim Kolej Komuniti Sandakan, Sabah Malaysia

Keywords:

Google Meet; Persepsi pelajar

Abstract

Pandemik yang terjadi pada masa sekarang telah memberi kekangan kepada kebanyakan institusi untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (pdp) secara bersemuka. Hasilnya, kebanyakan pensyarah mengambil inisiatif menggunakan Google Meet sebagai medium untuk menjalankan aktiviti pdp secara maya. Semasa sesi pdp berlangsung, pensyarah sukar menilai persepsi pelajar. Ini kerana terdapat sesetengah pelajar tidak membuka kamera menyebabkan pensyarah tidak dapat melihat ekspresi muka pelajar secara langsung. Justeru kajian ini adalah untuk menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan Google Meet
dalam pembelajaran. Sampel kajian yang dipilih adalah pelajar Politeknik Kota Kinabalu yang belajar dari kediaman masing-masing. Pelajar dikehendaki menjawab soal selidik yang diedarkan secara rawak. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap pembelajaran melalui Google Meet adalah di tahap yang sederhana. Kajian ini membantu pensyarah mengenal pasti tahap persepsi pelajar terhadap pembelajaran melalui Google Meet seterusnya dapat merancang perlaksanaan kelas supaya pelajar lebih terlibat dalam pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Ernie Suzana Mahsum, Dicky Wiwittan Toto Ngadiman, & Rosminah Mustakim. (2024). Persepsi Pelajar Terhadap Pembelajaran Melalui Google Meet. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(3). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/95

Similar Articles

<< < 1 2 3 4 5 6 7 8 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.