Penggunaan Aplikasi Pembelajaran eCompNet Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
Keywords:
Aplikas; PdP; eCompNetAbstract
Sejajar dengan perkembangan penggunaan aplikasi dalam sistem
pendidikan, aplikasi eCompNet telah dibangunkan dan digunakan di
PSMZA untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP). Tujuan kajian ini untuk menilai kebolehgunaan aplikasi
dalam konteks membantu meningkatkan kefahaman pelajar
terhadap PdP bagi kursus Introduction To Networks di JTMK,
Politeknik Sultan Mizan zainal Abidin (PSMZA). Terdapat tiga
objektif kajian iaitu mengenal pasti tahap pengetahuan sedia ada
pelajar bagi kursus Introduction To Network, melaksanakan
penambahbaikan proses PdP menggunakan platform digital dan
mengenal pasti keberkesanan aplikasi eCompNet. Kaedah
kuantitatif digunakan iaitu melibatkan satu set ujian pra, ujian pasca
dan borang soal selidik menggunakan skala likert. Responden kajian
adalah 66 orang pelajar semester 2 bagi program Diploma
Teknologi Digital (DDT), PSMZA. Keseluruhan dapatan kajian
mendapati 71.19% mendapat keputusan baik bagi ujian pasca. Ini
menunjukkan bahawa para pelajar lebih memahami setiap topik
selepas mereka menggunakan aplikasi ini. Berdasarkan hasil
dapatan dari soal selidik pula, didapati aspek yang dinilai berjaya
diterapkan di dalam aplikasi yang telah dibangunkan, di mana
purata min bagi setiap aspek mencapai pada tahap yang tinggi (min
> 4.52) bagi aspek keberkesanan dan (min > 4.53) bagi aspek
antaramuka. Ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi ini telah
memberi manfaat kepada pelajar dari segi kefahaman dan mampu
meningkatkan kefahaman di samping menyediakan persekitaran
pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, aplikasi ini boleh
digunakan dalam PdP bagi kursus Introduction To Networks di
PSMZA