Sejauh Mana Gangguan Kepada Fokus Pembelajaran Dalam Talian: Kajian Kes Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak

Authors

  • Hartyni Mastor Politeknik Kuching Sarawak, Malaysia
  • Dicky Wiwittan Toto Ngadiman Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia

Keywords:

pembelajaran dalam talian, online learning, fokus, tahap gangguan, pelajar

Abstract

Pandemik Covid-19 telah memberi kesan besar kepada dunia pendidikan di mana pembelajaran atas talian telah menggantikan pembelajaran secara bersemuka. Terdapat banyak kelebihan kaedah baru ini dalam pembelajaran seperti pelajar boleh berada di rumah sambil mengikuti pembelajaran seperti biasa. Namun begitu, pembelajaran dalam talian dilihat seakan-akan memberi impak yang negatif terhadap institusi pendidikan. Akhbar sering melaporkan proses pembelajaran dalam talian seakan-akan tidak berkesan kerana sering mengalami gangguan yang mana menyebabkan pelajar tidak fokus ketika sesi pembelajaran. Sejajar dengan itu kajian ini dijalankan untuk melihat sejauh mana tahap gangguan menghalang fokus pelajar ketika pembelajaran dalam talian dilaksanakan. Kajian ini melibatkan pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak sebagai sampel kajian dan kajian ini dilaksanakan dengan mengedarkan soal selidik secara dalam talian menggunakan “google form”. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS). Hasil kajian menunjukkan tahap gangguan adalah rendah dan tidak mempengaruhi fokus pelajar ketika sesi pembelajaran dijalankan. Kajian ini menunjukkan komuniti sudah mula menerima dan merasakan pembelajaran dalam talian adalah sesuatu yang normal pada masa kini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-07-12

How to Cite

Hartyni Mastor, & Dicky Wiwittan Toto Ngadiman. (2024). Sejauh Mana Gangguan Kepada Fokus Pembelajaran Dalam Talian: Kajian Kes Pelajar Jabatan Perdagangan Politeknik Kuching Sarawak. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 7(3). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/100