INTEGRASI WIFI DAN TOLOK PASANG SURUT MUDAH ALIH UNTUK KERJA PENGUKURAN HIDROGRAFI

WIFI INTEGRATION AND MOBILE TIDE GAUGE FOR HYDROGRAPHIC SURVEYING WORK

Authors

  • MOHD FADLI BIN CHE ADENAN MR

Keywords:

hidrografi; cerapan aras laut; IOT

Abstract

Cerapan aras laut yang tepat dan jitu adalah penting untuk kerja-kerja pengurusan pantai, keselamatan pelayaran, dan pemeliharaan alam sekitar. Kaedah tradisional untuk mengukur aras air seperti menggunakan staf aras perlu menggunakan tenaga kerja yang banyak, terdedah kepada kesilapan manusia, dan sukar untuk dilaksanakan dalam persekitaran tertentu. Bagi mengatasi masalah-masalah tersebut maka sistem inovasi integrasi wifi dan tolok pasang surut mudah alih dihasilkan. Sistem ini memberi tumpuan kepada reka bentuk dan pembangunan tolok pasang surut yang disepadukan dengan Wi-Fi dan penderia ultrasonic. Sistem ini diuji sejauh mana konsistensi dan juga kebolehpercayaan dengan mengukur paras air secara berterusan dan menghantar data secara tanpa wayar dalam masa nyata. Sistem ini dihasilkan dengan mengaplikasikan konsep Internet of Thing (IoT) iaitu melibatkan elemen penderia, alatan pintar dan juga pemantauan atau pencerapan secara masa nyata. Analisis konsistensi adalah dengan memperoleh nilai R2 yang menunjukkan kejituan yang tinggi bagi cerapan tersebut iaitu 98.76%. Selain itu, ujian kebolehpercayaan dijalankan dengan membandingkan cerapan dengan kaedah konvensional. Beberapa cerapan menunjukkan hasil yang sama sehingga cerapan terakhir yang sangat bereza disebabkan kecuaian manusia mencerap dengan kaedah konvensional. Kesimpulan yang diperoleh dari ujian ini menunjukkan sistem boleh digunapakai oleh pelajar politeknik semasa sesi khemah ukur. Sistem ini akan ditambahbaik sertadisesuaikan dengan cabaran industri di luar politeknik khususnya penggunaan di luar ruang lingkup pelajar politeknik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2025-05-26

How to Cite

BIN CHE ADENAN, M. F. (2025). INTEGRASI WIFI DAN TOLOK PASANG SURUT MUDAH ALIH UNTUK KERJA PENGUKURAN HIDROGRAFI: WIFI INTEGRATION AND MOBILE TIDE GAUGE FOR HYDROGRAPHIC SURVEYING WORK. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 11(1), 158–168. Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/230

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.