Peranan Kokurikulum Dalam Membentuk Kemahiran Komunikasi, Kepimpinan dan Bekerja Dalam Kumpulan Terhadap Pelajar
Keywords:
komunikasi, kepimpinan, kumpulan, kokurikulumAbstract
Kokurikulum adalah kursus yang wajib di ambil oleh pelajar apabila mendaftar masuk ke politeknik. Dalam kursus ini terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang boleh dijalankan bagi membentuk kemahiran-kemahiran tertentu dalam melahirkan pelajar yang berwibawa dan cemerlang. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui peranan kokurikulum dalam membentuk kemahiran komunikasi, kepimpinan dan bekerja dalam kumpulan terhadap pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 200 orang pelajar semester lima Politeknik Kota Bharu Sesi Disember 2019 yang telah mengambil kursus kokurikulum. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik. Perisian Statistical Package of Social Sciences (SPSS) version 20.0 telah digunakan untuk mendapatkan skor min. Keputusan yang diperolehi mendapati bahawa tahap kemahiran pelajar ketiga-tiga aspek tersebut setelah mengikuti kursus kokurikulum adalah tinggi. Hasil daripada kajian ini menunjukkan bahawa pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum mampu meningkatkan kemahiran komunikasi, kepimpinan dan bekerja dalam kumpulan bagi menghadapi dunia yang lebih mencabar di masa akan datang. Ketiga-tiga kemahiran ini juga mempunyai hubungan kolerasi yang kuat, signifikan dan searah.