TAHAP KESEDARAN PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JTMK) TERHADAP KESELAMATAN DALAM MAKMAL

Authors

  • Mohd Adil Mat Ti @ Mokti Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar
  • Mohd Amirul Helmi Ismail Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar
  • Ikmal Hisyam Mohamad Paris Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Politeknik Ungku Omar

Keywords:

kesedaran, keselamatan, makmal

Abstract

Keselamatan dalam makmal sangat dititik beratkan bagi memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P) berada dalam keadaan yang kondusif dan tidak membahayakan sesiapa. Oleh sebab itu, satu kajian telah dilaksanakan bagi mengkaji tahap kesedaran pelajar Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Ungku Omar (PUO) terhadap keselamatan dalam makmal. Kaedah soal selidik digunakan untuk mengumpul data dan mendapatkan pandangan responden mengenai tahap kesedaran mereka terhadap keselamatan makmal. Seramai 200 orang pelajar semester tiga dan enam dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK), Politeknik Ungku Omar dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Pemilihan pelajar-pelajar tersebut adalah secara rawak. Dapatan kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu latar belakang responden dan tahap kesedaran reponden terhadap keselamatan dalam makmal. Secara kesimpulannya, kajian menunjukkan bahawa tahap kesedaran pelajar JTMK terhadap keselamatan dalam makmal adalah sederhana. Tahap kesedaran ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan mereka sedar dan tahu akan kepentingan dan pematuhan peraturan keselamatan. Kajian juga dibuat untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap kesedaran pelajar JTMK terhadap keselamatan dalam makmal atas faktor usia dan semester. Sehubungan itu, beberapa cadangan perlu diperhalusi bagi meningkatkan tahap kesedaran pelajar terhadap keselamatan dalam makmal, antaranya ialah dengan menyediakan dan memastikan set peraturan-peraturan keselamatan yang interaktif serta lebih mudah difahami, memperbanyakkan kempen-kempen kesedaran tentang keselamatan serta mengadakan dan mempelbagaikan program-program keselamatan secara berkala.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2020-10-01

How to Cite

Mohd Adil Mat Ti @ Mokti, Mohd Amirul Helmi Ismail, & Ikmal Hisyam Mohamad Paris. (2020). TAHAP KESEDARAN PELAJAR JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (JTMK) TERHADAP KESELAMATAN DALAM MAKMAL. Jurnal Kejuruteraan, Teknologi and Sains Sosial (JKTSS), 6(2). Retrieved from https://jktss.puo.edu.my/jurnalpuo/index.php/jurnal/article/view/179

Similar Articles

1 2 > >> 

You may also start an advanced similarity search for this article.